(HIBURAN) Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014 Bagi Memenuhi Permintaan Yang Luar Biasa

Spread the love

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat  popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5  House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan  yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan  fenomena. Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket  persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza.

Bersempena dengan pengumuman dua tarikh ini, peminat Hi-5 di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah merebut peluang itu untuk mendapatkan tiket dua persembahan itu. 100 pembeli pertama untuk mana-mana kategori dua persembahan yang diumumkan itu bakal menikmati diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Hi4-poster20x30

Jualan tiket dikendalikan oleh tiket agensi, Ticketpro dan kesemua tiket untuk dua persembahan tambahan itu boleh didapati menerusi laman web berkenaan serta lokasi persembahan berkenaan iaitu The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) mulai jam 10 pagi, hari Jumaat, 31 Oktober 2014.

Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 Learning House, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara, The Wonderland+.
Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia bermula pada hari Rabu, 10 Disember 2014 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan berlangsung sehingga hari Ahad, 14 Disember 2014.

Tiket semakin laris dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan lima warga Australia ini iaitu Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan anggota baru mereka, Tanika yang akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas dengan persembahan yang sangat berkesan di hati peminat mereka.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Maklumat Tiket:
Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014
Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad)
Tempat : klpac, Pentas Satu
Masa :10 Disember – 6pm
11 Disember – 11am (Slot Baharu), 2.30pm, 6pm
12 Disember – 2.30pm, 6pm
13 Disember -11am, 2.30pm
14 Disember – 11am, 2.30pm, 6pm (Slot Baharu)
Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Mosh Pitt)
Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor)
Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor)
Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

Mengenai Hi-5

Kumpulan muzik kanak-kanak, Hi-5 ini telah dilancarkan di Australia pada tahun 1999 dengan dianggotai lima penghibur dinamik yang tugasnya menghiburkan kanak-kanak dengan muzik, pergerakan, penyelesaian masalah serta bermain.
Terkenal di seluruh dunia, mereka juga berjaya mencapai penonton global dianggarkan lebih daripada 10 juta kanak-kanak di seluruh Amerika Utara, Eropah, Australasia, Asia, dan Amerika Latin menerusi persembahan jelajah dunia, muzik dan rancangan TV.
Mereka juga berjaya memikat hati kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun menerusi lebih daripada 14 program TV yang berjaya setakat ini. Setiap program mereka mempunyai tema pendidikan santai dengan memberi tumpuan kepada muzik,
sikap positif dan permainan imaginatif di mana kanak-kanak ini diajar nilai-nilai seperti kasih sayang, keseronokan, pengembaraan, interaksi sosial, kehidupan yang sihat dan pertumbuhan pembangunan.
Hi-5 juga pernah memenangi tiga Anugerah Logie untuk Program Kanak-kanak Cemerlang, lima Anugerah ARIA untuk Album Kanak-Kanak Terbaik, lima DVD Australia dan Anugerah Industri Video Anugerah APRA, Anugerah AMIA dan Anugerah Helpman.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *