(HIBURAN) ‘Extreme Roadtrip’ Tunaikan Bucket List Sherry Al Hadad, Elfira Loy dan Ardell Aryana Lakukan Pelbagai Aktiviti Mencabar

hos-bersama-penguru-editKUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2016 – Saluran gaya hidup, Astro Bella kembali dengan sebuah program travelogue terbaru, Extreme Roadtrip yang menggabungkan konsep road trip dan bucket list! Program yang menampilkan 3 selebriti wanita popular ini bakal menyaksikan Sherry Al Hadad, Elfira Loy dan Ardell Aryana menyempurnakan bucket list mereka dalam melakukan pelbagai aktivit ekstrem dan mencabar di seluruh negara. Mulai bersiaran 1 Oktober ini, setiap Sabtu jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.

Daripada menjalankan aktiviti selaman skuba di Terengganu, pengembaraan ATV, sehinggalah bertarung dengan angin sewaktu menyempurnakan aksi paragliding di Jugra; semua ini dapat dilihat dalam program ‘Extreme Roadtrip’. Bukan itu sahaja, mereka bertiga akan membawa penonton menelusuri keindahan bandar-bandar kecil yang jarang dijelajahi di Malaysia. Mendapat sentuhan pengarah terkenal Nizam Zakaria, ‘Extreme Roadtrip’ bakal bersiaran selama 13 episod. ‘Extreme Roadtrip’ bakal membawa penonton menjelajah ke tempat-tempat menarik di Malaysia bersama tiga selebriti, yang punyai personaliti berbeza

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan idea program baru yang segar untuk tontonan penonton di rumah. Percutian merupakan topik yang begitu dekat di hati kita jadi kami tampilkan kepada anda sebuah program baru. Apa yang menariknya lagi, ’Extreme Roadtrip’ juga memaparkan beberapa tempat yang tidak pernah dikunjungi orang ramai secara komersial. Selain itu, babak-babak yang dirakamkan juga berbeza apabila menggabungkan penggunaan kamera dan juga drone, demi menampilkan keindahan lokasi yang dilawati dengan lebih menarik lagi. Buat pertama kalinya, elemen roadtrip, bucket list dan travelogue digabungkan demi menghasilkan ’Extreme Roadtrip’!

”Menerusi ’Extreme Roadtrip’, kami memaparkan bagaimana tiga selebriti ini mencabar diri mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem di Semenanjung Malaysia sebelum mencapai usia 30-an. Lihat sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan Sherry, Elfira dan Ardell di mana mereka begitu menikmati kehidupan di usia muda bersesuaianlah dengan tagline rancangan ini ’you only live once’,” tambah Natasha lagi.

Antara negeri yang menerima kunjungan ‘Extreme Roadtrip’ adalah Pahang, Perak, Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu dan juga Negeri Sembilan dengan aktiviti-aktiviti seperti paragliding, cliff jumping, paramotor, scuba diving dan banyak lagi menanti penonton di rumah. Saksikan bagaimana kesukaran yang dialami Sherry Al-Hadad sewaktu memasuki Gua Anak Tempurung bagi mengatasi klaustrofobianya, Ardell mengatasi akrofobianya apabila menyempurnakan terjunan setinggi 20 kaki di Pulau Redang, dan bagaimana Elfira Loy mengatasi ketakutannya terhadap ikan atau lebih dikenali sebagai ‘Ichthyophobia’ sewaktu melakukan ‘scuba diving’. Memang ekstrem! Setiap episod memaparkanl lokasi berbeza dengan paparan menarik berkaitan makanan tempatan, tarikan tersendiri di sesuatu tempat serta aktiviti mencabar.

‘Extreme Roadtrip’ bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Sabtu mulai 1 Oktober 2016 ini jam 7.00 petang. ‘Extreme Roadtrip’ turut mendapat tajaan Honda di sebagai kenderaan rasmi di sepanjang pengambaran ini dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *