(HIBURAN) Filem “Ah Boys to Men 3 : Frogmen”

Ah boys to men 3 - Frogmen

Penonton yang pernah mengikuti atau menonton 2 filem ‘Ah Boys To Men’ sebelum ini pasti menantikan kemunculan sequel ke tiga filem ini yang bertajuk “ Ah Boys to Men 3 : Frogmen” . Jika 2 filem terdahulu menekan kan penglibatan di dalam National Service Singapura, kali ini intipatinya lebih terarah kepada cabang tentera yang lain iaitu tentera laut. Dalam filem “ AH Boys to Men 3 : Frogmen” ini, tiga watak yang lama masih dikekalkan iaitu Ken Chow (Joshua Tan), “Lobang” (Wang Wei Liang), Aloysius Jing  (Maxi Lim) manakala pelakon Tosh Rock Zhang masih kekal sebagai seorang jurulatih, cuma kali ini beliau memegang watak jurulatih di dalam tentera laut pula. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas yang kecewa dengan keputusan ibu bapanya untuk berhijrah ke Singapura.

Di Singapura, filem arahan Jack Neo ini telah mencatatkan rekod jualan tiket sebanyak SGD 2.8 juta ketika tayangan bersempena Tahun Baru Cina. Filem ini dijangka memecah rekod jualan tiket filem sebelum ini iaitu  “AH Boys To Men 1”.

“Ah Boys to Men 3 : Frogmen” ni adalah komedi aksi tentang sekumpulan rekrut muda di Tentera Laut Singapura. Ia menceritakan pengalaman rekruit tu sempena latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit – NDU) yang menempuhi halangan latihan terutamanya semasa “hellweek” yang sukar. Penceritaan ini berdasarkan pengalaman kisah benar yang dilalui oleh rekruit muda yang menjalani latihan skuad elit tersebut. Jika 2 edisi awal filem ini lebih menjurus kepada latihan  tentera darat atau national service yang menjalani latihan di Tekong, kali ini pelakon-palakon ini membawakan waktak yang lebih mencabar dari segi fizikal dan latihan. Pelakon yang menjalani penggambaran untuk filem ini telah diberi latihan intensif selama 3 bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka mencapai tahap yang dikehendaki.

Filem “ AH Boys to Men 3 : Frogmen” bakal ditayangkan di seluruh pawangan di Malaysia bermula pada 19 Mac 2015 ini.

SINOPSIS :

Filem aksi komedi ini mengisahkan sekumpulan pemuda-pemuda yang menjalani latihan ketenteraan yang lasak selama 40 hari. Sekiranya mereka berjaya melalui latihan tersebut, mereka akan layak memasuki sebuah unit elit tentera Singapura di mana ahli-ahlinya dikenali sebagai “Frogmen”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *