(HIBURAN) Filem ‘AJIBOY’

Spread the love

Minggu ini, bermula 8 November 2012 korang semua boleh bawak adik-adik, kakak, abang, mak, ayah dan kalau boleh satu keluarga la datang bergelak ketawa menonton filem Ajiboy. Filem ni memang menghiburkan hati dengan telatah pelakon cilik, Raykarl Iskandar dan korang sure tertarik dengan lokasi penggambaran filem ni yang kebanyakannya dilakukan di A’Famosa Resort, Melaka.Sebuah filem arahan Ismail Bob Hasim, menampilkan Rykal Iskandar sebagai Ajiboy di samping para pelakon yang terkenal seperti Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Kodiang, Adibah Yunus dan ramai lagi. Jangan lupa untuk menonton filem Ajiboy di pawagam berdekatan.

Sinopsis Filem Ajiboy

Ajiboy (Raykarl Iskandar) seorang kanak-kanak yang genius dan petah bercakap diamanahkan oleh ayahnya, En. Fauzan (lakonan Angah Raja Lawak) untuk menguruskan Taman Tema Air buat sementara waktu. Kebolehan Ajiboy untuk menggalas tugas berat tu dipandang remeh oleh dua orang pekerja di Taman Tema Air tersebut iaitu Cumi (Epy Kodiang) dan Mat Saja (Zalif Sidek) yang sentiasa mengambil kesempatan dengan memberi barang-barang percuma untuk mencuri perhatian pengunjung wanita. Sehinggakan pada suatu hari, Ajiboy mengenakan tindakan terhadap Cumi dan Mat Saja untuk membersihkan seluruh Taman Tema tersebut. Ini membuatkan mereka berdua geram dan ingin mensabotaj Taman Tema milik En. Fauzan. Apakah kesudahannya? Sama-sama kita nantikannya.

pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik disekitar majlis pra tonton filem AJIBOY [LINK GAMBAR]


Spread the love

Comments are closed.