(HIBURAN) Filem  “Aku Bukan Spy”  bakal menjengah ke panggung tempatan  19 Januari 2017

spyFIMTAB UNIK SDN BHD sebenarnya bukan nama baru di dalam industri perfileman mahupun drama di Malaysia. Syarikat yang diterajui oleh Richard Ung ini telah lama terlibat secara aktif dalam pengedaran serta penerbitan filem mahupun drama lebih 20 tahun di Malaysia dan juga Indonesia antaranya  filem  Bahaya  Cinta, Kastil Tua dan  Kuntilanak Ciliwung.

Pada awal tahun 2016, FIMTAB UNIK SDN BHD membawakan filem seram KASTIL TUA yang membariskan pelakon Malaysia dan Indonesia antaranya Samantha Katie James, Josiah Hogan, Ajun Perwira, Tash Yong, Tehmina Kasoogi dan ramai lagi yang berlatarkan kisah misteri berlokasikan “Kellie’s Castle” di Batu Gajah, Perak, Malaysia sebagai lokasi pengambaran.

edf

Pertemuan wakil Galaksi Media Online (GMO) dan wakil media lain dengan CEO “FIMTAB UNIK SDN BHD” iaitu Mr Richard Ung  adalah bersempena dengan penerbitan terbaru FIMTAB UNIK SDN BHD iaitu filem “AKU BUKAN SPY” yang bakal ditayangkan kepada umum bermula 19 Januari 2017 di seluruh Malaysia.

Filem “AKU BUKAN SPY” telah pun ditayangkan di Indonesia pada September lalu menggunakan judul “ SPY IN LOVE”  dan kini ditukar kepada judul baru “AKU BUKAN SPY”  untuk tayangan di negara ini kerana ia dianggap lebih komersial dan relevan bersesuaian dengan selera penonton di Malaysia.

Memberitahu perkara tersebut kepada wakil media Malaysia, produsernya, Richard Ung, berkata judul baru itu yang dipilih dianggap lebih meyakinkan dan sesuai dengan jalan cerita atau naratifnya yang berkonsep aksi komedi dan romantik.

Katanya, penukaran judul itu dianggap tidak memberi masalah dengan pihak LPF dan pawagam kerana kami sudah memaklumkan kepada pihak terbabit, selain poster untuk promosi filem berkenaan juga belum dicetak, jadi kami masih ada masa untuk menggiatkan  kerja promosi judul baru filem ini.

 “AKU BUKAN SPY”  dilihat lebih menarik dan simple, saya yakin mampu mengundang tarikan ramai peminat filem di negara kita untuk mengikuti filem ini apatah lagi sudah tentu peminat filem tempatan mahu melihat lakonan Nasha Aziz di big screen sebab dia sudah lama tak berlakon filem, ujar Richard Ung.

Filem ini akan ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Januari 2017 dan turut mendapat kerjasama Capitol Entertainment dari Indoneia sebagai rakan produksi.

Filem “AKU BUKAN SPY”  merupakan arahan Danial Fikri dan dibintangi Nasha Aziz, Siti Saleha, Keith Foo dan Rosnah Mat Aris, manakala pelakon Indonesia yang membintanginya ialah Hamish Daud, Ray Sahetapy, Shafira Umm dan Pong Harjatmi.

Pihak FIMTAB UNIK SDN BHD  juga akan melancarkan naskah novel AKU BUKAN SPY yang diadaptasi dari filem tersebut dan akan diterbitkan menjelang tayangan filem itu kelak menerusi Penerbitan Fajarpakeer.

Richard Ung amat berkeyakinan dengan  filem ini akan mendapat sambutan dari peminat filem tanah air kerana ia merupakan cetusan idea yang terhasil berdasarkan teori insiden kehilangan MH 370. Filem berlatarbelakangkan lokasi di Pulau Pinang ini menggunakan  dua buah lagu dari kumpulan  baharu  Oja & Tunable Band iaitu ‘Cukup Sekali’ dan ‘Sayang Mengundang’ sebagai lagu runut filem (OST) “ AKU BUKAN SPY” ini.

SINOPSIS

Filem aksi komedi romantik itu berkisar mengenai seorang jejaka bernama Putra (lakonan Hamish Daud) dan gadis bernama Pevita (lakonan Siti Saleha), merupakan sepasang kekasih kerana bekerja di hotel yang sama. Putra melamar Pevita setelah sekian lama mereka menjalin hubungan. Pevita berasal dari Malaysia. Mereka merancang ingin melangsungkan acara resepsi pernikahannya di sebuah pulau supaya menjadi kenangan manis dan romantis, lalu memilih Pulau Pinang sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Namun, hasrat mereka untuk berkahwin mendapat halangan daripada abang Putra, Ray (lakonan Ray Sahetapy) dan ibu Pevita, iaitu Fariza (lakonan Nasha Aziz). Lebih menyulitkan apabila Ray mengetahui identiti sebenarnya Pevita, yang dianggap sebagai seorang ejen rahsia di mana ia telah melakukan aksi penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia.  Ray juga adalah bekas ejen perisik Indonesia. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, pelbagai halangan dihadapi mereka sehinggakan mereka menghadapi cubaan bunuh oleh satu kumpulan  gangster.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *