(HIBURAN) Filem Animasi 3D, Legends of Oz : Dorothy’s Return Di Pawagam Malaysia 5 Jun 2014

 ozSMALL

Summertime Entertainment mempersembahkan Legends of Oz : Dorothy’s Return, sebuah filem muzikal animasi 3D yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014. Filem animasi bergenre muzikal ini menampilkan suara pelakon-pelakon terkenal seperti Lea Michele, Martin Short, Dan Aykroyd, Jim Belushi dan Kelsey Grammer.

Skrip filem yang dihasilkan oleh Adam Balsam dan Randi Barnes diinspirasi berdasarkan buku “The Wonderful Wizard of Oz” karya L.Frank Baum dan buku bersiri “Dorothy of Oz” yang ditulis oleh cicitnya sendiri, Roger Stanton Baum dan ia merupakan kesinambungan daripada cerita dongeng yang paling popular dan digemari di dunia. Filem ini mengisahkan Dorothy (Michele) yang kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar. Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka  iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), Tin Man (Kelsey Grammer),  dan Cowardly Lion (Jim Belushi).

Antara watak baru yang diperkenalkan dalam filem berbahasa Inggeris ini ialah Jester (Martin Short), Wiser the Owl (Oliver Platt), China Princess (Megan Hilty), Marshal Mallow (Hugh Dancy) dan Tugg (Patrick Stewart).

Legends of Oz : Dorothy’s Return diterajui oleh dua orang pengarah berpengalaman iaitu Daniel St. Pierre dan Will Finn. Sebelum ini, Daniel St. Pierre dikenali  sebagai pengarah,  pereka produksi dan pengarah seni melalui beberapa filem animasi popular seperti The Lion King, Shark Tale dan Tarzan. Will Finn pula cukup terkenal dengan karya filem animasi klasik seperti Aladdin, Beauty and the Beast dan The Little Mermaid. Gandingan dua pengarah hebat ini menjadikan filem Legends of Oz : Dorothy’s Return bertambah mantap dan menarik lagi.

Pengasas Summertime Entertainment, Roland Carroll dan Ryan Carroll menerbitkan filem animasi ini bersama penerbit veteran, Bonne Radforld.  Menurut Radford : “Kami membawa bumi Oz kepada generasi baru di samping memelihara dan menghormati hati dan jiwa bumi Oz yang kita semua tahu dan cintai. Dan dengan aspek muzik ia adalah satu bahagian penting daripada dunia itu.”

Bajet keseluruhan bagi menerbitkan filem animasi ini telah menelan belanja sebanyak USD 70 juta dolar (RM226 juta) dan pasti hasil kualitinya menjanjikan pengalaman menyeronokkan buat para penonton. Bagi tayangan di Malaysia, filem animasi ini diedarkan oleh Senspec Publishing Sdn Bhd dan dijangka lebih 50 buah pawagam seluruh Malaysia bakal menayangkan Legends of Oz : Dorothy’s Return.

Pelakon Legends of Oz : Dorothy’s Return

WATAK                                     ALIH SUARA OLEH

Dorothy                                   : Lea Michele

The Scarecrow                                   : Dan Aykroyd

Tin Man                                   : Kelsey Grammer

The Cowardly Lion                  : Jim Belushi

China Princess                         : Megan Hilty

Marshal Mallow                     : Hugh Dancy

Wiser the Owl                         : Oliver Platt

The Jester                                : Martin Short

Tugg                                        : Patrick Stewart

Glinda the Good Witch           : Bernadette Peters

Munchkin Suitor                      : Tom Kenny

Judge Jawbreaker                   : Brian Blessed

Fruit Stripe Lawyer                 : Douglas Hodge

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *