(HIBURAN) FILEM “AWANG GERUDI”

Setelah agak lama tidak menerbitkan filem, KIRAWANG SDN. BHD. kini mempertaruhkan sebuah filem terbaru bertajuk AWANG GERUDI. Filem bergenre komedi aksi yang akan menemui penonton di pawagam pada 27 Disember 2018 ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Zek Lokman. Untuk filem ini, Zek Lokman telah menggabungkan barisan pelakon muda dan pelakon berpengalaman. Barisan pelakon yang dimaksudkan adalah Zoey Rahman, Ika Nabila, Aprena Manrose, Mustapha Kamal, Abon, Accapan, Rashidah Jaafar dan Dato’ T.S. Jeffry.

Filem ini digarap dengan jalan cerita menarik dan tersendiri serta memiliki gabungan aksi dan komedi ringan yang sesuai ditonton seisi keluarga. Filem yang akan diedarkan oleh EMPIRE SOLUTIONS SDN.BHD. ini diharapkan dapat menyajikan yang terbaik bagi peminat filem Melayu di negara kita.

SINOPSIS

Genre : Aksi Komedi
Durasi : 90 minit
Pengarah : Z. Lokman (fdam)
Terbitan : KIRAWANG SDN BHD

Dalam kilang makanan halal, Awang dipanggil oleh bosnya En. Tapa kerana salah laku dalam mengutip hutang. Awang telah memukul Pak Mahmud hingga terseliuh leher. Awang dibuang kerja. Tetapi Eda, anak gadis En. Tapa merayu pada ayahnya supaya menarik balik surat berhenti Awang. Rayuan Eda diterima.

Ibu Awang yang telah menjanda ada menyimpan barang antik berharga iaitu Gerudi Emas. Sebilah lagi dibawa pergi oleh ayah Awang entah ke mana. Gerudi Emas tidak boleh dijual kerana barang warisan yang tidak ada surat ‘bon’.

Percintaan Awang dan Eda berjalan lancar. Ina Inul datang mengganggu dengan dendamnya kerana Awang pernah pukul gerudi pada ayahnya Pak Mahmud dan pengikutnya juga aktif dalam pengedaran dadah. Ina Inul yang pakar dalam tarian gerudi berdepan dengan Awang Gerudi yang kesudahannya membawa bencana kepada keluarga Ina Inul.

Awang dan Eda dihantar oleh En. Tapa ke Lumut untuk membeli kilang makanan Tuan Amran yang terbengkalai. Awang mula menyiasat latar belakang kilang dan Tuan Amran. Didapati Tuan Amran seorang yang licik dalam mengendalikan kerja-kerja haram.

Dia juga mempunyai Gerudi Emas. Sesudah diselidik tahulah Awang yang Gerudi Emas itu kepunyaan arwah ayahnya yang mati dibunuh oleh Tuan Amran dalam satu peristiwa beli membeli. Awang terpaksa mendapatkan Gerudi Emas itu semula. Berbagai peristiwa berlaku. Akhirnya tembelang Tuan Amran pecah. Tuan Amran tewas dalam pertarungan. Gerudi Emas ibu dan Gerudi Emas arwah ayahnya digandingkan.

BARISAN PELAKON:

ZOEY RAHMAN : AWANG
IKA NABILA : EDA
APRENA MANROSE : INA INUL
ABON : PAK MAHMUD
RASHIDAH JAAFAR : EMAK AWANG
KAPT (K) KHIR NOR : AFERO
MUSTAPHA KAMAL : DATO’ ZAHARI
ACCAPAN : ACCAPAN

PENAMPILAN ISTIMEWA: EBBY YUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *