(HIBURAN) Filem ” Cerita Kita “….

IMG_6939Sutradara muda Pierre Andre kembali ke bidang pengarahan untuk filem ke 10 dari 11 filem beliau. Filem ke 74 keluaran MIG ini membariskan finalis FFM25 iaitu Pekin Ibrahim bergandingan dengan Yana Samsudin dan Fezrul Khan. Filem yang disiapkan dalam tempoh 11 hari ini menggunakan pendekatan ” filem yang di INDIE kan “ sebagai salah satu trend baru dalam menyiapkan filem berskala sederhana tanpa membabitkan peruntukan yang banyak dengan mengunakan peralatan yang seringkas mungkin. Filem cereka ‘Cerita Kita’ di bawah syarikat MIG Pictures Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air pada 7 Mac 2013.

IMG_6941

Kehidupan KAMAL yang dulunya pencuci kereta, kini berubah atas nasihat IKA, gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam wang daripada ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika. 

Setelah berjaya membuka kedai burger, perniagaan Kamal berjalan dengan lancar dan Ika berasa lega dengan pencarian baru Kamal itu. Kamal yang memang dari dulu mengidamkan Ika, sentiasa berusaha untuk memikat hati Ika sehingga sanggup mencari barang kesukaan Ika. Ika yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal, mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama MALIK. Malik yang merupakan kawan kepada Kamal, turut mempunyai perasaan terhadap Ika sejak pertama kali mereka bertemu di satu kemalangan ringan.

Ika mula tertarik dengan jejaka kaya itu dan mula melupakan Kamal. Kamal yang melihat perubahan Ika, mula berasa sedih dan kecil hati. Kamal cuba menasihati Ika, jangan terlalu rapat dengan Malik, kerana Malik suami orang. Ika mula berasa sangsi dan berfikir bahawa Kamal sengaja mereka cerita. Kamal terusan menasihati sehingga Ika berasa keliru dengan perasaannya. Jadi adakah Ika akan tetap memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal? semuanya akan terjawab dalam filem romantik, ‘Cerita Kita’.

cerita kitasmall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *