(HIBURAN) Filem ” Highland Tower “

Spread the love

SembangFilem-Highland-Tower-crop

Highland Tower adalah filem Arahan daripada Pierre Andre. MIG Pictures Sdn. Bhd. adalah Syarikat Penerbitan bagi Filem Highland Tower. Highland Tower dilakonkan oleh Mikail Andre sebagai Mika dan Eddie sebagai Niezam, yang mana akan ditayangkan pada 31 Okt 2013

Htowerssmall

Sinopsis Highland Tower :

Mika dan Kamal mempunyai idea untuk membuat short doku di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama highland tower.

Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Kamal berjaya mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat dengan idea yang dibentangkan oleh Mika dan Kamal.

Pihak produksi juga telah menambah team Mika dan Kamal menjadi tujuh orang, dimana Nizam, Shima Anuar, dan Atikah akan join sekali. Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya berjaya membuat liputan di highland tower.

Pada malam pertama, cukup membuatkan team Mika dan kamal, berasa seram. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam.

Lagi mengejutkan Shima hilang dan disembunyikan oleh seseorang. Team Mika dan Kamal berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga dapat.

Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan highland tower, dan ada benda yang telah mengikut mereka.

Bahasa :

Bahasa Melayu

Kategori :

Filem Cereka

Genre :

Fiksyen, Ngeri, Seram

Klasifikasi :

PG-13 – Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *