(HIBURAN) Filem “Kami Histeria” gabungkan ramai heroin

Spread the love

Malam Gala Kami Histeria-1

Gandingan ramai pelakon perempuan bakal menjadikan filem ini meletup, garapan skrip segar oleh Rafidah Abdullah dan arahan pengarah baru Shamyl Othman menjadikan gabungan 5 pelakon utama seperti Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin dan Umie Omar sebagai Jojo riuh dengan jeritan. Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura sebagai Cik Lang, Izzue Islam sebagai Pit, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki serta penampilan khas Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Danie, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque,Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar,dan Syafinaz Selamat.

histeriaSMALL

SINOPSIS KAMI HISTERIA

Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Kami Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube. Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Kami Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?

Saksikan KAMI HISTERIA di pawagam 6 Februari 2014.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *