(HIBURAN) Filem “Muka Surat Cinta”

Spread the love

MSCcropSMALL

Pierre Andre merupakan seorang pengarah yang menjadikan konsep ‘indie’ dan ‘art movie’ sebagai salah satu cara beliau mendapatkan kepuasan dalam  berkarya. Skrip asal “Muka Surat Cinta” adalah sebuah skrip yang digarap untuk satu filem pendek yang kemudiannya diangkat oleh MIG ke layar perak untuk dikomersialkan. Filem ini membariskan gandingan baru dari 3 negara berbeza iaitu Malaysia , Singapura dan Brunei menerusi lakonan 3 pelakon muda Mikail Andre (Putra),  Nina Iskandar (Luna) dan Atikah Suhaimie (Nurul) selaku teraju utama­nya disamping barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini iaitu Hilal Azman, Azwan Kombos dan Afiera Riana.

MCSsmall

Sinopsis Muka Surat Cinta

Muka Surat Cinta mengisahkan perkahwinan Putra dan Luna yang sudah pun mencecah setahun. Namun hubungan mereka berdua begitu hambar.

Putra sibuk mencari kembali minatnya dalam dunia penulisan, dengan membaca sebuah novel indie. Di dalam novel tersebut, dia terbaca sesuatu ayat yang menarik perhatiannya, yang tetulis pada muka surat 7 novel tersebut.

Ayat tersebut membuatkan Putra ingin tahu siapa yang menulisnya. Bermula dengan pertemuan pertama bersama Zahid, Putra mendapatkan maklumat tentang peminjam novel tersebut. Zahid memberitahu Putra bahawa novel tersebut, pernah dibaca oleh isteri Zahid dan novel tersebut diambil disebuah perpustakaan lama.

Lantas Putra bergegas ke perpustakaan yang dinyatakan dan mencari list peminjam novel tersebut, untuk mengetahui siapa yang meminjam novel itu dan siapa yang menulis ayat-ayat indah di muka surat 7 novel tersebut.

Setelah dia hampir tahu siapa yang menulis nota itu, dia tiba-tiba teringat akan Luna dirumah, walaupun setahun hubungan mereka penuh dengan kehambaran, namun kesetiaan Luna tak pernah terputus buat Putra.

Putra membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan perempuan misteri tersebut dan pulang ke rumah. Setibanya Putra dirumah, baru dia tersedar yang tulisan Luna sama seperti tulisan dalam muka surat 7 novel yang dibaca Putra.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *