(HIBURAN) FILEM “PENCULIKAN AMAR AFFENDI”

IMG_20140108_152127

Dengan wawasan untuk mengembalikan semula keterujaan penonton filem tempatan menyokong filem-filem Bahasa Malaysia, Camwerk Studios Sdn Bhd dan KRU Studios Sdn Bhd mengumumkan kerjasama mereka untuk menerbitkan filem aksi-jenayah berjudul “Penculikan Amar Affendi” (PAA).

Kerjasama strategik bagi filem PAA ini merupakan satu dari tiga filem yang bakal diterbitkan secara bersama diantara Camwerk and KRU. Bagi PAA; idea kreatif dan kerja-kerja penggambaran akan diterajui oleh Camwerk sementara KRU akan memainkan peranan utama didalam pasca produksi (khususnya kesan khas visual) serta pengedaran filem diperingkat tempatan dan antarabangsa.

Menurut Presiden Ekskutif KRU Studios, Norman Abdul Halim “Industri perfileman tempatan memerlukan tema-tema besar dan segar bagi menarik semula minat penonton tempatan menyokong filem-filem Bahasa Malaysia. Yang menjadi kekangan adalah sumber tenaga kreatif serta modal yang terhad. Jadi adalah wajar kerjasama seperti ini harus diperbanyakkan lagi agar industri tempatan bukan saja akan bangkit dari kelesuan tetapi boleh juga mendominasi pasaran di Malaysia serta meningkatkan nilai eksport. Kerjasama seperti ini adalah yang kedua yang diumumkan oleh KRU Studios didalam tempoh 6 bulan setelah pengumuman kerjasama penerbitan “Cicakman 3” bersama Primeworks Studios dan Astro Shaw”.

“Bagi Camwerk Studios, kerjasama dengan KRU Studios merupakan langkah kanan bagi kami memulakan perniagaan kami didalam industri perfileman berdasarkan pengalaman dan kredibiliti mereka didalam pasca produksi serta pengedaran. Camwerk mempunyai banyak idea-idea baru yang akan diketengahkan dan kerjasama ini akan membantu kami mempercepatkan proses perkembangan perniagaan kami. Camwerk juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FINAS diatas sokongan kewangan melalui Geran Industri Kreatif bagi membiayai sebahagian dari kos penerbitan filem ini. Sesungguhnya peluang yang diberikan FINAS kepada pemain baru seperti kami akan mencetus satu pembaharuan didalam industri perfileman tempatan. Insya’allah” menurut Syed Hussein Syed Mustafa, pengarah filem PAA (yang

sebelum ini mengarah filem “Langgar”) serta ahli lembaga pengarah Camwerk Studios.

Filem PAA mengisahkan dendam seorang saintis peluru berpandu yang bernama Dr Shanon yang diberhentikan kerja oleh Tan Sri Jalal, iaitu pengerusi PRISM Missile System. Dr Shanon telah mengupah sekumpulan tentera upahan yang dikenali sebagai Tentera Maling untuk menculik satu-satunya anak lelaki Tan Sri Jalal iaitu Amar Affendi. Namun demikian, ketua kumpulan Maling iaitu Malau mempunyai misi tersendiri dalam mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

PAA dijangka memulakan penggambaran pada bulan Mac 2014 dan bakal menampilkan Aqasha dan Zain Hamid sebagai tunjang utama disamping beberapa lagi pelakon handalan seperti Maya Karin, Soffi jikan, Namron dan Ramli Hassan yang sedang didalam perbincangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *