(HIBURAN) Filem ” The Last Stand”

the-last-stand-postersmall

Filem THE LAST STAND ini merupakan filem terbaru lakonan bintang TERMINATOR dan bekas gabenor California iaitu Arnold Schwarzenegger. Filem ini mengisahkan tentang Sheriff Ray Owens lakonan Arnold Schwarzenegger yang telah meninggalkan jawatan beliau sebagai polis narkotik LAPD selepas satu operasi yang telah mengorbankan keseluruhan pasukan elit beliau. Berikutan insiden itu, beliau kembali ke bandar kecil SOMMERTON yang berhampiran dengan sempadan AS-Mexico. Masalah timbul apabila, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) penjenayah kartel dadah yang terkenal telah berjaya melarikan diri dari FBI dan cuba melintasi sempadan ke Mexico dengan menggunakan kereta  Corvet ZR1 . Percubaan untuk melepasi sempadan ini mendapat bantuan tentera upahan yang diketuai oleh Burrell Berais (Peter Stormare). Cortez memecut ke arah sempadan AS-Mexico pada kelajuan tinggi melalui pekan kecil Summerton Junction, di mana seluruh penguatkuasaan undang-undang US termasuk Agen FBI iaitu John Bannister (Forest Whitaker) hanya mempunyai satu peluang terakhir buat mereka untuk memintas Cortez sebelum beliau merentasi sempadan buat selama-lamanya. Apakah kesudahan filem ini, saksikan nanti di pawangan yang berdekatan anda.

the last standsmall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *