(HIBURAN) Filem ‘Volkswagen Kuning’

Spread the love

digital-poster-volkswagen-kuning-06Industri perfileman tempatan kebelakangan ini menampakkan perkembangan yang sangat positif. Jumlah filem yang dihasilkan juga sangat memberangsangkan dengan jumlah kutipan yang tidak mengecewakan. Keadaan ini membuktikan bahawa penonton filem terutamanya peminat filem Melayu tidak pernah jemu menyokong filem tempatan. Sokongan yang begini amat diperlukan buat pembikin filem tempatan dalam usaha memupuk semangat sayangkan filem tempatan. MIG sendiri tidak pernah berhenti menghasilkan filem dalam usaha memartabatkan filem tempatan. Menghasilkan filem mengikut genre pilihan penonton merupakan salah satu usaha dalarn menarik minat penonton ke pawagam. Begitu juga dengan filem Volkswagen Kuning yang menampilkan genre seram sebagai latar cerita.

vk109-2-tileFilem ke 115 terbitan MIG, Volkswagen Kuning diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku. Sejak dari dahulu, kisah Volkswagen Kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini. Melalui filem ini, pengarah iaitu Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta eleman olahan yang ditambah untuk mencantikkan lagi plot penceritaannya. Tidak dinafikan ada juga kisah benar diadun ke dalam filem ini bagi memberi impak yang sebenar kepada penonton. Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut diselitkan elemen pengajaran, kekeluargaan serta percintaan di dalam cerita ini. Aspek seram disampaikan melalui elemen suspen yang diwujudkan bagi memberi mood yang lebih menarik buat peminat filem seram khususnya.

vk247-horzVolkswagen Kuning menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik – FFM28 iaitu Pekin Ibrahim serta Atikah Suhaime sebagai peneraju utama. Memegang watak sebagai pasangan kekasih, pasangan pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan bersama di layar perak. Disamping itu, pelakon hebat lain yang turut sama membintangi filern ini seperti Amai Kamarudin, Fatin Afeefa serta menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda. Turut sama menjayakan filem yang akan ditayangkan pada 22 September ini adalah pelakon berpengalaman seperti Shahronizam, Azman Hasan dan juga Mak Jah.

Dalam pada itu, MIG kini sedang menanti beberapa buah filem yang bakal ditayangkan antaranya Dorm Melati, Hospital dan sebuah filem Tahun Baru Cina iaitu Love From Kampung. MIG juga mengucapkan terima kasih kepada OPPO Malaysia diatas tajaan sebuah telefon bimbit OPPO F1s bagi pemenang bertuah dalam peraduan Volkswagen Kuning yang diadakan baru-baru ini. Dikesempatan ini juga MIG ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua pihak terutamanya media cetak dan elektronik yang sentiasa memberi sokongan serta pandangan. Jangan lupa saksikan Volkswagen Kuning di pawagam pada 22 September 2016, Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara.

vk626-1-tileSINOPSIS

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime), yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah (Aida Othman), kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Pak Ayob (Azman Hasan), bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang ganguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatannya membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu.

Kedatangan Sarah ke kampung itu tempoh hari telah membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia mengikut Sarah pulang ke bandar dan menggunakan gadis malang itu untuk membalas dendam. Apakah dendam Volkswagen Kuning akan terbalas? Atau Fuad dan Pak Ayob berjaya menghalangnya? Jawapannya ada di dalam filem Volkswagen Kuning 22 September ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *