(HIBURAN) FILEM`ROMEO KOTA’

IMG_8544

MARIA, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah.

Kriptik Poster_3165 x 4677_1121

Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod ‘KRIPTIK’ Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

IMG_7417

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej.

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi.

IMG_7697

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa.

Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu BOTAK.

IMG_8613

Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina yang juga menyamar sebagai pelajar untuk memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut.

Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *