Kuala Lumpur, 16 Oktober 2019 – Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin, dan Elly Mazlein & Shuk Sahar, 6 pasangan selebriti berkarisma bakal menyerikan Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 1 November 2019 dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3. Selain itu, malam anugerah ini juga boleh distrim secara langsung dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my dan YouTube @TV3Malaysia.
Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 bertujuan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem. Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO SHAW dan BERNAMA untuk menyertai ASK 2019 ini.
Menurut Cik Sherina Nordin, Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Alhamdullilah, Anugerah Skrin kembali dan mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan stesen TV dan para penggiat seni tanah air. Kejayaan sesebuah rancangan hiburan merupakan hasil usaha keras oleh semua pihak tidak mengira di hadapan lensa ataupun di sebalik tabir yang seharusnya diraikan bersama-sama.”
“Susulan dengan maklum balas positif yang diterima pada tahun lepas, ASK 2019 mengekalkan konsep untuk tidak menampilkan hos utama. 6 pasangan selebriti popular dan sensasi akan berperanan sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah penuh gilang-gemilang ini. Selain itu, ASK 2019 menjanjikan pengisian program yang menghiburkan sepanjang kelangsungan malam anugerah nanti. Antaranya, persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Dato’ Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat & Santesh, pertunjukan silat mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, dan jangan ketinggalan persembahan daripada Andi Bernadee,” tambah Cik Sherina.
Secara keseluruhan, ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Tiga kategori baharu di bawah kategori drama yang diperkenalkan pada tahun lepas turut bertanding dalam ASK 2019 iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.
Malam Anugerah ASK 2019 bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk 7 kategori yang lain akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019, pukul 12.00 tengah hari nanti.
Hari ini, ASK 2019 meraikan 7 pemenang dari kategori bukan drama dan teknikal iaitu Rekabentuk Set Terbaik, Montaj Terbaik, Rancangan Dokumentari Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Laporan Khas Berita Terbaik, Rancangan Hiburan Terbaik dan Rancangan Anugerah Terbaik. Kelangsungan majlis ini dirakam dan akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019.
Anugerah Skrin 2019 diserikan dengan Nivea sebagai penaja bersama, mekarkan keyakinan dengan wangian floral bersama Mandian Creme Oil Pearls dan Deodoran Nivea Hokkaido Rose. Turut disokong oleh Hot FM & Kool FM sebagai radio rasmi, manakala tonton, xtra, Oh Bulan! dan Drama Sangat ialah rakan digital.
Turut hadir di sidang media Anugerah Skrin 2019 ialah Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima; Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf (Malaysia) Sdn Bhd,Singapura & Malaysia (Country Manager for Beiersdorf, Singapore & Malaysia); rakan-rakan penyiar RTM dan Bernama; barisan penyampai anugerah, artis jemputan persembahan ASK 2019 serta para penggiat seni yang bertanding dalam ASK 2019.
Kru penerbitan ASK 2019 diketuai oleh Tengku Shahilawati selaku penerbit eksekutif dan Shahrizan Razali sebagai penerbit. Karpet Merah ASK 2019 dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira akan bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Selain itu, kemeriahan acara karpet merah ini juga dapat disaksikan secara langsung di laman sosial Facebook dan YouTube @TV9Malaysia dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.
Rancakkan perbualan ASK 2019 di laman sosial anda dengan hashtag #ask2019!. Dapatkan berita lanjut, kisah di sebalik tabir dan perkembangan ASK 2019 di www.xtra.com.my
Senarai kategori Anugerah Skrin 2019
Kategori Drama (14) | Kategori Bukan Drama & Teknikal (9) | Kategori Filem (7) |
● Drama Terbaik
● Pengarah Terbaik Drama ● Lakon TV Terbaik ● Penyunting Drama Terbaik ● Pelakon Lelaki Terbaik Drama ● Pelakon Wanita Terbaik Drama ● Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama ● Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama ● Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) ● Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) ● Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian ● Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian ● Drama Komedi Terbaik ● Videografi Drama Terbaik |
● Rancangan Majalah Terbaik
● Rancangan Realiti Terbaik ● Rancangan Dokumentari Terbaik ● Rancangan Bual Bicara Terbaik ● Laporan Khas Berita Terbaik ● Rancangan Hiburan Terbaik ● Rancangan Anugerah Terbaik ● Rekabentuk Set Terbaik ● Montaj Terbaik
|
● Filem Terbaik
● Lakon Layar Terbaik ● Pengarah Terbaik Filem ● Pelakon Lelaki Terbaik Filem ● Pelakon Wanita Terbaik Filem ● Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ● Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
|
Senarai sebahagian pencalonan awal ASK 2019
- Drama Terbaik
TAJUK DRAMA | SYARIKAT PENERBITAN |
01. NERAKA KASIH MAISARAH | LAYAR CERITERA SDN. BHD. |
02. BEBASKAN ANAK KITA | FJ PICTURES SDN. BHD. |
03. TITI KAYU | ELEVEN FIELD SDN. BHD. |
04. RESTU AYAH | HUJAN LEBAT SDN. BHD. |
05. TERIMA KASIH IBU | KHALIDA PRODUCTION SDN. BHD. |
06. REMUK | P & D PICTURES SDN. BHD. |
07. SAMAD TEDUNG | TANAH BERIS FILM PRODUCTION SDN. BHD. |
08. WAKAF DOSA | SUHAN MOVIES & TRADING SDN. BHD. |
09. BATIK ZAKIAH | LUQSAR KREATIF SDN. BHD. |
10. SIRNA | ONECHINOIZ STUDIOS SDN. BHD. |
11. BATIN ARAM-ARAM | CINEORAMA SDN. BHD. |
12. DI SISI | UNIT DRAMA TV, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
13. DETEKTIF KEMON | UNIT DRAMA TV, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
14. DIA TIDAK BERDOSA | JS PICTURES SDN. BHD. |
15. LALANG | UNIT DRAMA TV, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
16. TELINGKAH | UNIT DRAMA TV, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
17. SESEKALI | UNIT DRAMA TV, RADIO TELEVISYEN MALAYSIA |
- Filem Terbaik
TAJUK FILEM | SYARIKAT PENERBITAN |
01. PASKAL | ASIA TROPICAL FILMS SDN. BHD. |
02. GOL & GINCU VOL 2 | RED FILMS SDN. BHD. |
03. ONE TWO JAGA | PIXEL PLAY ENTERTAINMENT |
04. POLIS EVO 2 | ASTRO SHAW SDN BHD & SURYA CITRA MEDIA |
05. HANTU KAK LIMAH | ASTRO SHAW SDN BHD & INFINITUS GOLD SDN. BHD. |
06. OPERASI X | DREAM PICTURES PRODUCTION (M) SDN. BHD. |
07. MISTERI DILAILA | SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. |
08. MUNAFIK 2 | SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. |
09. TUJUH | PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. |
10. TIADA TAJUK | MAWI WORLD ENTERTAINMENT |
11. LANGSUIR | GUAM TEAMWORKS SDN. BHD. |
- Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
TAJUK DRAMA | SYARIKAT PENERBITAN |
01. LEFTENAN ZANA | JS PICTURES SDN. BHD. |
02. KAMAR KAMARIAH | SUHAN MOVIES & TRADING SDN. BHD. |
03. NUR 2 | RADIUS ONE SDN. BHD. |
04. PIA | JS PICTURES SDN. BHD. |
05. AKU YANG KAU TINGGALKAN | GLOBAL STATION SDN. BHD. |
06. SARA KIRANA | SUHAN MOVIES & TRADING SDN. BHD. |
4) Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
TAJUK DRAMA | SYARIKAT PENERBITAN |
01. THE PROMISE | MAD PICTURES SDN. BHD. |
02. SUPER MISCHIEVOUS MIL | DOUBLE VISION SDN. BHD. |
03. SWEET DELICACY | THE ROCK PRODUCTIONS SDN. BHD. |
04. MY SENSEI NYONYA | MEDIACORPORATION STUDIO (M) SDN. BHD. |
5) Rekabentuk Set Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV3 – ANUGERAH SKRIN 2018 |
02. TV3 – HALAQAH 2019 |
03. RTM – KONSERT MINGGU INI (OTAI LEJEN) |
6) Montaj Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV3 – BORAK KOPITIAM 2019 |
02. TV3 – ANUGERAH JUARA LAGU 33 |
03. TV3 – HALAQAH 2020 |
7) Rancangan Dokumentari Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV3 – MAJALAH 3 PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG YANG KE-16 |
02. RTM – RAJA & RAKYAT SEHATI SEJIWA |
03. RTM – PAYUNG MAHKOTA, PEWARIS TAKHTA |
04. RTM – SIMFONI ALAM (ORANG UTAN) |
05. BERNAMA – RAJA BERDAULAT, PAYUNG NEGARA |
8) Rancangan Bual Bicara Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. NTV7 – FEEL GOOD SHOW (DEEPAVALI) |
02. TV3 – SYARIAH MEJA BULAT |
03. TV3 – WANITA HARI INI (PENGURUSAN JENAZAH) |
04. TV3 – BORAK KOPITIAM 2019 |
05. TV3 – HALAQAH 2019 |
06. TV3 – MALAYSIA HARI INI |
07. BERNAMA – UPSOUND (TEKSI ATAU GRAB) |
9) Laporan Khas Berita Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV3 – BULETIN UTAMA (ADUAN RAKYAT – LALOK GAM) |
02. TV3 – BULETIN UTAMA (MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 9.0) |
03. TV3 – BULETIN UTAMA (LAPORAN MAYA SRI PENTAS – LUBNAN) |
04. TV3 – BULETIN UTAMA (ADUAN RAKYAT – KAMPUNG SAMPAH) |
05. TV3 – MHI (LAPORAN SUNGAI KIM KIM) |
06. 8TV – NEWS (KEPAHITAN ORANG ASLI BATEK) |
07. BERNAMA – SURAT BERUSIA 20 TAHUN |
08. BERNAMA – KES SAMUN BERPARANG |
09. BERNAMA – PENGUMPULAN DATA BARU KENALPASTI CERUN BERISIKO SIAP OKTOBER TAHUN INI |
10) Rancangan Hiburan Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV3 – J.K.K RAYA |
02. TV3 – DROP THE BEAT EXTRA |
03. TV3 – THE SHERRY SHOW 2019 |
04. 8TV – DURIAN, KAYA, TEH TARIK |
05. RTM – KONSERT MINGGU INI |
06. RTM – AMARKALA DEEPAVALI (KONSERT KHAS DEEPAVALI 2018) |
07. RTM – KONSERT EVOLUSI 73 |
08. RTM – PROJEK BUSKING |
11) Rancangan Anugerah Terbaik
TAJUK RANCANGAN |
01. TV 3 – ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 31 |
02. TV3 – ANUGERAH JUARA LAGU 33 |
03. TV3 – ANUGERAH SKRIN 2018 |