(HIBURAN) ‘Gema Gegar Vaganza’ Kembali Bergema Untuk Musim Kedua

Setelah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri dalam dunia hiburan sejak diterbitkan pada April tahun lalu, ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) kini kembali untuk musim kedua dengan menampilkan barisan 11 peserta yang terdiri daripada enam peserta berkumpulan iaitu ‘Brothers’, ‘Devotees’, ‘InTeam’, ‘Mestica’, ‘Rabithah’ serta ‘Heliza & Hazwani’ (pasangan duo) dan lima peserta solo iaitu ‘Adeep Nahar’, ‘Awi Rafael’, ‘Farah Asyikin’, ‘Fitri Haris’ dan ‘Ippo Hafiz’.

GGV musim kedua akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135). Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

INFO MENARIK MENGENAI ‘GEMA GEGAR VAGANZA’

  • Penganjuran ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) pada tahun lalu menyaksikan program ini melakar kejayaan membanggakan apabila menjadi progam Islamik nombor satu di Malaysia.
  • Sepanjang penyiaran program ini pada tahun lalu, GGV berada di carta 10 carian tertinggi di laman media sosial; Twitter pada setiap minggu menerusi tanda pagar #gemagegarvaganza dan turut mengungguli carian tertinggi di portal Gempak.
  • Laman sesawang rasmi Gema Gegar Vaganza pula memperlihatkan jumlah aliran trafik sebanyak hampir setengah juta, membuktikan keterujaan penonton untuk mendapatkan info terkini mengenai program ini secara berterusan.
  • GGV juga telah mencatatkan lebih tiga juta tontonan digital di seluruh platform Gempak dan menjana lebih 146,000 perbualan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

NOTA RINGKAS ‘GEMA GEGAR VAGANZA’ MUSIM KEDUA

·         Masih mengekalkan tema ‘Gema Irama Terindah’, setiap peserta akan diberi tugasan berdasarkan tema mingguan yang telah ditetapkan. Mereka bebas untuk memberi nafas baharu terhadap lagu tugasan tersebut mengikut pada kreativiti masing-masing.

 

·         Seleksi lagu yang dipersembahkan di pentas GGV musim kedua terdiri daripada pelbagai genre lagu yang mempunyai lirik dan mesej positif, serta dipersembahkan berlandaskan batas-batas yang dibenarkan dalam agama Islam.

 

·         Daripada segi pemilihan peserta pula, sama seperti musim sebelum ini, GGV musim kedua sekali lagi membuka pintu dan mengalu-alukan kehadiran semua anak seni yang mempunyai lagu dengan lirik positif tanpa batasan umur mahupun genre muzik yang dibawa.

 

·         Untuk makluman, kesemua 11 peserta GGV musim kedua berjaya melepasi sesi ujibakat tertutup yang diadakan di Hotel Premiera di mana prestasi terkini dan potensi bakat mereka dinilai agar sesuai untuk diketengahkan di pentas GGV musim kedua ini.

 

·         Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang ‘Juri Tetap’ iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang ‘Juri Jemputan’ pada setiap minggu.

 

·         Manakala, tugasan selaku ‘Pengacara’ program pula digalas oleh penyanyi popular, Siti Nordiana serta pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim. Turut sama menyarung jersi pengacara bersama Siti Nordiana dan Fikry adalah Fakhrul UNIC.

HADIAH KEMENANGAN
 

·      Juara                                – RM100,000.00 dan sebuah trofi

·      Naib Juara                       – RM30,000.00 dan sebuah trofi

·      Tempat Ketiga                 – RM20,000.00 dan sebuah trofi

·      Tempat Keempat            – RM15,000.00 dan sebuah trofi

·      Tempat Kelimaaa            – RM10,000.00 dan sebuah trofi

·      Tempat Keenamaa          – RM5,000.00 dan sebuah trofi

‘Gema Gegar Vaganza’ musim kedua akan mula bergema dengan nyanyian 11 peserta selama tujuh minggu berturut-turut secara langsung mulai 31 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135) serta platform digital ‘on demand’.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *