(HIBURAN) GILIRAN DATO’ SRI SITI NURHALIZA BERI TUGASAN KEPADA 5 SELEBRITI MASTER IN THE HOUSE MALAYSIA

Spread the love

Petaling Jaya, 29 Januari 2022 – Selesai tugasan di Korea bersama Master tersohor K-Pop Idol yang menjadi pujaan ramai iaitu Bam Bam, kini 5 selebriti Master In The House Malaysia (MITH) akan diberi tugasan lain bersama Master legenda Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pasti ramai tak sabar menunggu cabaran minggu ketiga ini.

Setiap minggu ada sahaja gelagat lucu dari Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam dalam Master In The House Malaysia (MITH). Antaranya Andi Bernadee mengajar Bam Bam bercakap Bahasa Malaysia, Meyrasam dengan gelagat lucu menyakat Bam Bam dan banyak lagi yang menghiburkan. Kali ini jom kita lihat tugasan yang bakal diberikan oleh bintang legenda Dato’ Sri Siti Nurhaliza kepada mereka.

Adakah tugasan mereka semakin mencabar? Permainan apa pula yang akan diberikan kepada mereka? Boleh atau tidak mereka selesaikan tugasan mereka? Tentu ramai tertunggu-tunggu melihat gelagat mereka kerana tugasan yang diterima adalah berlainan daripada bidang mereka! Jika mereka tidak dapat menyelesaikannya, mereka akan dikenakan denda yang di luar dari jangkaan mereka! Pastinya lucu.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Jangan ketinggalan menyaksikan Master In The House Malaysia episod ketiga bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza malam ini pada pukul 10.00 malam hanya di TV3. Jika terlepas, jangan risau kerana anda boleh menyaksikannya secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan Youtube TV3Malaysia Official. Gunakan #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *