(HIBURAN) ‘GIRLFRIEND KONTRAK’ FILEM PALING ROMANTIK 2015 PERTARUHAN TERBAHARU GRAND BRILLIANCE

post

Grand Brilliance mempunyai rekod cemerlang dalam menghiburkan penonton-penonton dengan filem-filem romantik komedi yang berkualiti seperti ‘Istanbul Aku Datang’ dan ‘Sejoli’. Bagi meneruskan tradisi ini, Grand Brilliance akan menyajikan filem ‘Girlfriend Kontrak’ yang dijadualkan menemui penonton-penonton bermula 24 September nanti. Filem ini menjanjikan kelainan dengan sentuhan magis pengarah dari Australia, Virginia Kennedy.

Untitled

Filem Girlfriend Kontrak adalah filem penuh pertama arahan beliau yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerjanya untuk iklan komersil dan muzik video. Virginia memulakan karier sebagai pereka grafik dan kemudian menceburkan diri dalam bidang kesan khas dan animasi. Filem pendek beliau berjudul Thread, telah memenangi anugerah berprestij Mediatheques Prize di Clermont Ferrand Film Festival.

14

Menjadikan Kuala Selangor sebagai lokasi utama, filem yang mengambil masa sebulan untuk dirakam ini memaparkan elemen alam sekitar dengan menjadikan kelip-kelip atau kunang-kunang sebagai subjek utama dalam filem ini. Berkisarkan tentang seorang gadis manis dari kampung bernama Alisa, lakonan Risteena Munim, yang sanggup merantau ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan kelip-kelip di kampungnya yang terancam kerana projek pembangunan yang dijalankan oleh Monaki Development, sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan kasanova bernama Umar, lakonan Keith Foo.

15

Dalam usahanya menyelamatkan kelip-kelip, Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah yang mahu menjatuhkannya, watak antagonis lakonan hebat penyampai radio paling popular tanah air, Farah Fauzana. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar, lakonan Bront Palarae yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat.

18

Penonton-penonton turut akan disapa dengan komedi bersahaja yang dijayakan oleh Azad Jazmin, pelakon berbakat kelahiran Pulau Pinang yang melakonkan watak Harith, seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.

17

Filem Girlfriend Kontrak menghidangkan babak-babak romantik antara Keith Foo dan Risteena Munim serta menyajikan sisi nakal Keith Foo yang bakal mencairkan hati dan pasti membuatkan penonton-penonton tersenyum.

7

Keith Foo yang diangkat sebagai teraju utama filem ini adalah anak Malaysia yang telah menceburkan diri dalam industri seni sejak tahun 2009 juga merupakan pelakon yang popular di Indonesia. Beliau menjadi perbualan hangat di kalangan penonton drama bersiri tempatan  melalui lakonan hebat dalam drama bersiri ‘Love You, Mr Arrogant’ dan ‘Ariana Rose’ pada tahun 2013.

1

Filem Girlfriend Kontrak adalah filem pertama lakonan Keith Foo sebagai hero. Pelakon wanita utama filem ini, Risteena Munim, adalah seorang pendatang baru dunia lakonan di bawah naungan 8unit, mula dikenali apabila memainkan peranan utama dalam drama bersiri ‘Playboy Itu Suami Aku’. Terdahulu Risteena telah diberi kepercayaan memegang watak pembantu dalam sebuah filem terbitan Grand Brilliance, bertajuk ‘Mamak Cupcake’ pada tahun 2013.

12

Filem Girlfriend Kontrak mempertaruhkan lagu Ku Bersedia sebagai lagu tema filem ini. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh komposer Pay Burman serta tulisan lirik oleh Dewiq, telah dipersembahkan secara langsung buat pertama kalinya kepada penonton-penonton dalam program Galaksi terbitan TV9 pada 21 Ogos 2015.

SINOPSIS

Filem Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.
Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Informasi  filem Girlfriend Kontrak boleh didapati di:

Facebook: https://www.facebook.com/grandbrilliance

Youtube: https://www.youtube.com/gbsbteam

Twitter: https://twitter.com/GrandBrilliance

Instagram @grandbrilliance.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *