(HIBURAN) HALA TUJU BARU ntv7

NTV7small

2013 bawa definisi baru kepada Saluran Ceria Anda – Sasaran tersendiri dan lebih komprehensif

Siapa menyangka Saluran Ceria Anda, ntv7 kini mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, ntv7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu.

ntv7 akan memperkenalkan KEDUDUKAN TERBARU stesen itu untuk tahun 2013 yang bakal membawa saluran itu ke fasa yang lebih menarik dalam evolusinya tahun depan. Saluran itu kini telah mengenalpasti kedudukannya dengan menyasarkan jenama premiumnya kepada golongan profesional (professionals), pengurus (managers), eksekutif (executives), ahli perniagaan (businessmen) atau singkatannya (PMEBs) yang juga dikenali sebagai takrif Modern Urban Progressive Adults (MUPAs).

MUPAs adalah mereka yang berusia 25 – 45 tahun dengan pemikiran urban dan global yang dikenali memiliki beberapa ciri seperti – bijaksana & bergaya, moden dengan citarasa global, mempunyai gaya hidup yang sibuk, berada di mana-mana sahaja (on-the-go) dan berorientasikan keluarga adalah di antaranya.

 “ntv7 mengalami dan mengambil perubahan ini dengan memikirkan apakah yang mampu kami lakukan lagi demi para penonton serta para pengiklan, dan pada masa yang sama meneruskan legasi 15 tahunnya dalam memberi inspirasi, membawa nilai-nilai murni dan menyebarkan keceriaan,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

 

 “Ini merupakan berita baik kepada jenama-jenama yang ingin mengekalkan nilai jenama premium yang mereka sedia ada di ruang rangkaian kami yang tidak berbayar dan ditonton oleh lebih ramai penonton sasaran mereka. Penjenamaan kedudukan stesen kami di pasaran mampu memberi pendedahan kepada jenama sebegini kepada penonton sasarannya dalam jumlah yang lebih ramai dan tiada yang mampu melakukannya seperti ntv7,” tambah Airin.

ntv7 bakal memulakan pelaksanaan perancangannya pada tahun 2013 di mana saluran itu menumpukan usaha dan strategi-strategi mereka dalam TIGA bahagian –Strategi Kandungan Tertumpu, Strategi Perniagaan Tertumpu serta Interaksi Penonton Tertumpu dan Strategi Komunikasi.

Saluran Ceria Anda juga baru-baru ini mengumumkan barisan kandungan rancangan  2013 dengan judul drama dan filem yang lebih hebat serta MENINGKATKAN KUALITI KANDUNGAN rancangannya yang berbentuk komedi dan dokumentari. Penampilan stesen itu juga akan disesuaikan untuk dilihat seiring dengan pembaharuan kandungannya dengan kualiti yang dipertingkatkan. “Saya fikir apa yang paling penting adalah memastikan kami terus fokus dengan pengisian KANDUNGAN yang dilihat amat dinantikan para penonton, walaupun pelbagai saluran dan ruang komunikasi lain yang terus dibangunkan oleh penyedia penyiaran lain,” kata Airin.

2013 juga menyaksikan ntv7 MEMBINA KEYAKINAN dalam konteks perniagaannya bersama para pengiklan dan pembekal. Saluran itu juga bersedia menawarkan khidmat yang lebih fleksibel dimana para pengiklan boleh menikmati tawaran menarik yang berbeza dan mendapatkan penyelesaian mengikut kehendak mereka serta pakej integrasi istimewa.

Oleh kerana TV bukan sahaja terhad di ruang tamu, rangkaian TV harus berfikir di luar kotak pemikiran dan mengembangkan lagi keupayaan mereka dengan merapatkan jurang dengan penggunanya serta memenuhi kehendak masyarakat yang rata-ratanya mengalami perubahan gaya hidup yang pantas. Yang pasti ntv7 akan terus MENARIK PARA PENONTON MELALUI INTERAKSI DUA HALA agar ianya lebih berkesan.Antara rancangan-rancangannya yang menjurus kepada usaha itu adalah dengan terlibat secara terus bersama komuniti terbabit  dengan penganjuran acara-acara khas serta kempen berterusan seperti Bella Awards, Feel Good Run, Karnival Yuan, sambutan ulang tahun ke-15 ntv7, dan banyak lagi. Stesen ini juga akan  menggunakan segala ruang dalam talian yang ada seperti laman sosial yang sedia ada untuk terus dekat di hati penonton.

 

“Industri hiburan sentiasa menjadi industri yang amat kompetitif – Itu sahaja sudah menjadi sebahagian daripada cabaran yang harus kami hadapi. Apa yang lebih mencabar adalah untuk terus menyesuaikan rangkaian kami dengan perubahan gaya hidup dan kehendak penonton zaman kini. Kami berharap untuk mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di sambil merapatkan jurang yang ada melalui acara-acara khas dan kempen yang kami anjurkan,” kata Airin.

Ketika acara Media Prima 2013 TV Networks Screenings dilangsungkan, ntv7 mengumumkan barisan rancangan hebat yang bakal disiarkan termasuklah judul-judul dari pasaran antarabangsa seperti Fringe, The Big Bang Theory, New Girl, How I Met Your Mother, dan Two & A Half Men. Tidak kurang juga tawaran rancangan tempatan yang disasarkan kepada golongan sasaran, MUPAs seperti  Bella Awards (rancangan penganugerahan pertama Malaysia khas buat wanita), Tanah Merah (produksi drama hebat arahan Khabir Bhatia), Projek Korus (pertandingan realiti mencari pasukan koir terbaik negara) serta Phat Fabes and Ben Show (rancangan variasi menarik gabungan duo pengacaranya yang lucu).

Kandungan berbahasa Cina tempatannya juga tidak dinafikan merupakan salah satu penyumbang kejayaan stesen itu. Produksi Cina tempatan terbitannya juga sebagus dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan lebih baik daripada sesetengah produksi industri Cina antarabangsa. Rancangan kandungan Cina yang bakal menghiasi ntv7 pada tahun hadapan antaranya ialah Undercover Cops (hasil pengarah terkenal yang membawakan drama Cina The Iron Lady), The Super Cute (rancangan realiti pencarian model kanak-kanak pertama dalam bahasa Mandarin), Set Off to the World (versi Malaysia rancangan pengembaraan terkenal TVB) serta judul-judul hit tempata yang bakal hadi dengan musim baru – Mars vs Venus, Mandarin Battle Star, Love Compulsory, dan Time FM – untuk menambah lagi kekuatan kepada kandungan-kandungan yang sedia ada.

Pada tahun 2012, ntv7 terus kompetitif dengan kedudukannya sebagai di antara stesen lima teratas untuk penonton 4+ dan penonton urban 30+ dengan perkongsian sebanyak 5.1% dan 5.8% masing-masing yang dikemaskini sejak September lalu. Manakala penonton berbangsa Cina tetap kukuh dengan jumlah 17.9% pada bulan yang sama dan ditempatkan dalam golongan Top 3 secara keseluruhan.

Penganjuran kedua anugerah buat industri hiburan Cina Malaysia, Golden Awards turut mencapai satu lagi kejayaan pada tahun ini dengan penerimaan baik seramai 700,000 penonton Cina yang menduduki peratusan 50% perkongsian penonton.  Inisiatif jelajah pasangan Diraja Britain dalam “Will & Kate – The Malaysian Tour” turut menjadi salah satu anjakan stesen itu dengan penyiarannya sempena Hari Malaysia telah berjaya membuahkan pertumbuhan positif dengan jumlah penontonnya sebanyak 23% lebih tinggi berbanding jumlah purata rancangan-rancangannya di dalam slot yang sama. Kempen kiraan detik sambutan kehadiran pasangan idola diraja itu diadakan bermula 9 sehingga 16 September 2012 telah berjaya menarik sejumlah 5 juta penonton menerusi barisan rancangan yang memberi tumpuan terhadap lawatan pasangan tersebut. Antaranya ialah rancangan temubual ntv7, rancangan berita dan hal ehwal semasa dan dokumentari istimewa mengenai pasangan tumpuan ramai itu. Manakala Ogos lepas menyaksikan drama realiti berbahasa Cina pertama Malaysia, The Game turut menerima sambutan baik 700,000 penonton dengan konsepnya yang segar dan serba baru. Selain itu, ntv7 juga menawarkan rangkaian filem blokbuster hebat buat penontonnya. Pada Oktober lepas, ntv7 memperkenalkan maraton filem-filem James Bond yang turut mendapat respon baik daripada para penontonnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *