(HIBURAN) HYPPTV MELEBARKAN SAYAP KEPADA PRODUKSI TEMPATAN MENERUSI ACARA TONTONAN EKSKLUSIF TELEMOVIE “KEM CUCI TANGAN (KECUT)” TERBITAN MANGKIN PRESTIJ

Spread the love

Photo 4SMALL

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah – HyppTV baru-baru ini menganjurkan satu acara tontonan bersama rakan-rakan media bagi meraikan tayangan telemovie terbaru “Kem Cuci Tangan (KECUT)” terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd (Mangkin Prestij) di HyppFlicks+ (Kategori Malaysia) Saluran 801 dan di HyppTV Everywhere.

Acara tontonan tersebut telah dihoskan oleh Emily Wee, Naib Presiden, Operasi Perniagaan dan Media, New Media, TM dan Jane Lim, Pengarah Urusan, Mangkin Prestij. Suasana acara tontonan tersebut telah dihangatkan lagi dengan penampilan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Pablo Amirul, Zalif Sidek, Eddy Kodiang, Azwan Kombos dan pengarah telemovie tersebut, Dharma Aizat.

Mengulas mengenai kolaborasi di antara HyppTV dan Mangkin Prestij, Emily berkata; “Kami amat teruja pada hari ini kerana dapat menganjurkan acara tontonan telemovie pertama iaitu “Kem Cuci Tangan” (KECUT) bersama rakan-rakan media dan barisan pelakon telemovie ini. Telemovie ini ditayangkan secara eksklusif di HyppTV dan boleh ditonton oleh pelanggan kami pada bulan ini di Hyppflicks+ (kategori Malaysia) Saluran 801 menerusi Set Top Box HyppTV, dan aplikasi HyppTV Everywhere iaitu di telefon mudah alih, komputer peribadi dan tablet.

“Selain “Kem Cuci Tangan (KECUT)”, akan terdapat lebih banyak filem-filem tempatan lain terbitan Mangkin Prestij yang boleh didapati secara eksklusif di HyppTV, termasuklah filem blockbuster terbaru, “Ia Wujud”. Ini adalah selari dengan strategi HyppTV untuk menawarkan lebih banyak program tempatan kepada para pelanggan kami sambil pada masa yang sama turut menyokong perkembangan penerbitan filem tempatan. Dunia Sinema, Al Hijrah On Demand dan HyppSensasi antara saluran tempatan terbaru yang telah dilancarkan baru-baru ini di platform kami dan pastinya banyak lagi akan ditambah pada masa yang akan datang,” tambah beliau.

Sementara itu, Jane Lim berkata, “KECUT merupakan super telemovie terbaru yang sememangnya akan menghiburkan peminat-peminat filem tempatan dan telemovie ini menggandingkan pelakon-pelakon baru dan lama bagi memberi impak terbaik.”

“Mangkin Prestij percaya bahawa kolaborasi kami bersama HyppTV akan menawarkan sesuatu yang baru kepada para penonton tempatan yang gemar menonton filem-filem tempatan, dan pada masa akan datang, Mangkin Prestij akan terus menghidangkan kepada anda lebih banyak filem-filem bervariasi menerusi saluran HyppTV, jadi nantikannya!” tambah Jane.

Kecut telah diarahkan oleh Dharma Aizat, mengisahkan tentang lima (5) orang pemuda yang berhasrat menjadi gangster iaitu Hamid (Azwan Kombos) Nizam (Niezam Zaidi), Eddy (Pablo Amirul), Abun (Zalif Sidek) dan Kodiang (Eddy Kodiang) yang telah dihantar ke sebuah kem latihan bagi mengasah kemahiran mereka. Mereka telah dibimbing oleh dua orang bekas gangster iaitu Joe (Farid Kamil) dan AG (Along Eyzendy) di mana mereka perlu mengharungi pelbagai halangan ekstrem untuk mempersiapkan diri mereka sebagai seorang gangster. Adakah  mereka berjaya?

Mangkin Prestij merupakan sebuah syarikat produksi terkemuka yang telah menghasilkan filem-filem dari pelbagai genre bagi memenuhi selera tontonan masyarakat setempat. Syarikat tersebut telah menghasilkan pelbagai filem pada tahun 2013 dan sehingga kini, ia telah menghasilkan lebih 95 filem sejak tahun 2000.

Dengan kolaborasi ini, filem-filem terbitan Mangkin Prestij kini boleh didapati menerusi HyppFlicks+ di HyppTV (Saluran 801) sebagai pilihan Video On Demand, yang pertama seumpamanya untuk HyppTV. Dengan penawaran terbaru ini, pelanggan HyppTV TM menerusi UniFi dan pakej-pakej Streamyx 4Mbps dan 8Mbps boleh menikmati filem-filem blockbuster tempatan terbaik, seawal dua (2) minggu selepas tayangannya di pawagam pada harga hanya RM15 setiap judul. Kini seisi keluarga boleh menonton filem-filem blockbuster Melayu dengan selesa di rumah, tanpa gangguan cuaca; mahupun ketika berada di luar rumah menerusi HppTV Everywhere. HyppFlicks+ bukan sahaja menayangkan filem-filem blockbuster malah juga telemovie eksklusif di HyppTV sebagai pilihan lengkap yang disasarkan kepada peminat hiburan tempatan.

HyppTV pada masa ini menawarkan kepada pelanggannya sejumlah 116 saluran dengan 36 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – terdiri daripada 50 saluran premium, 21 saluran percuma, 8 Saluran Radio, 15 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 22 saluran interaktif menerusi pelbagai pakej nilai dan pilihan ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang boleh dinikmati oleh penonton tanpa gangguan cuaca menerusi pakej-pakej UniFi dan Streamyx kediaman dan perniagaan. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf antarabangsa melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 700,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman Facebook kami di www.facebook.com/hyppworld.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *