(HIBURAN) ISTIMEWA DALAM SUNDAY MOVIES OGOS INI DI NTV7

Spread the love

downloadSMALL

Ogos ini, Saluran Ceria Anda, ntv7 bakal memberikan para penonton kepuasan menonton watak-watak menarik lakonan pelakon hebat seperti Brad Pitt, Cate Blanchett, Natalie Portman, Matt Damon, Antonio Banderas, Lucy Liu, dan Mila Kunis, dimana setiap satu dari mereka bakal menghidupkan filem menarik yang bakal dihidangkan di dalam slot Sunday Movies setiap hari Ahad jam 11.00 malam.

Dicalonkan untuk 10 anugerah Academy, TRUE GRIT mengisahkan seorang remaja berani berusia 14 tahun bernama Mattie Ross (Hailee Steinfeld) yang cuba menuntut bela terhadap lelaki yang membunuh ayahnya. Berazam mendapatkan keadilan, remaja itu mendapatkan bantuan dari seorang marshal, Rooster Cogburn (Jeff Bridges). Namun Mattie juga mula mengenali tabiat buruk Rooster yang merupakan seorang peminum tegar tetapi masih berhasrat mencari lelaki yang menembak ayahnya. Mereka kemudiannya disertai renjer Texas, LaBoeuf (Matt Damon) yang mempunyai motifnya yang tersendiri. True Grit akan bersiaran pada 10 Ogos jam 11.00 malam.

Filem seterusnya pula pernah menerima 13 pencalonan di anugerah Academy. THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON pula ialah kisah fantasi Amerika yang mengisahkan kes aneh Benjamin Button (Brad Pitt), yang lahir dengan fizikal lelaki tua berusia 80an yang membesar dengan perubahan usia yang terbalik di mana dia semakin muda apabila meningkat dewasa. Kisah ini akan membawakan perjalanan hidup Benjamin yang penuh dengan emosi suka dan duka serta erti saat yang tidak terharga. Memainkan watak gandingan Brad Pitt adalah Cate Blanchett yang mewarnai kisah cinta mereka. Diadaptasi daripada kisah pendek oleh F. Scott Fitzgerald, The Curious Case of Benjamin Button diarahkan oleh David Fincher, dan bersiaran pada 17 Ogos pada jam 11.00 malam.

Filem BLACK SWAN pula pastinya bakal mengingatkan anda tentang lakonan hebat dan bermutu Natalie Portman. Malah kerana watak di dalam filem itu, beliau telah memenangi beberapa pengiktirafan berprestij termasuklah anugerah Academy dan Golden Globe untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Memegang watak Nina, Black Swan mengisahkan dirinya sebagai seorang penari balet yang sangat menjiwai dunia tarian. Namun apabila pengarah artistic Thomas Leroy (Vincent Cassel) mencari penari utama dalam produksinya, Nina diantara yang bakal mencuri perhatian untuk watak itu. Namun Nina juga diberikan saingan hebat oleh penari baru, Lily (Mila Kunis), yang turut memberikan tanggapan hebat terhadap pengarah itu.  Semakin mereka bersaing, semakin Nina dekat dengan sisi gelapnya yang mebawanya jauh dari alam reality. Saksikan Black Swan pada 24 Ogos jam 11.00 malam.

BALLISTIC: ECKS VS. SEVER merupakan filem wajib yang harus anda tonton mengenai misi berbahaya yang akan disempurnakan oleh dua pelakan mantap, Antonio Banderas dan Lucy Liu. Dua bekas ajen kerajaan ini bakal beraksi dalam misi pencarian senjata paling berbahaya di dunia. Sever (Lucy Liu) merupakan bekas ejen tehebat di Defense Intelligence Agency namun meletak jawatan apabila anak lelakinya mati dalam rusuhan yang dianjurkan Gant (Gregg Henry). Dalam cubaannya membalas dendam, sever menyedari Gant dan kumpulannya memiliki senjata bahaya yang mampu membunuh sesiapa sahaja tanpa meninggalkan kesan. Dalam masa yang sama seorang agen FBI, Julio Martin (Miguel Sandoval) telah diarahkan untuk mengesan senjata tersebut. Martin memerlukan orang yang paling boleh diharap untuk membantunya dan dia memilih Jeremiah Ecks (Antonio Banderas), bekas FBI untuk melakukan kerja itu. Kini Ecks dan Sever terpaksa bersama-sama menumpaskan musuh yang sama. Saksikan filem aksi ini pada 31 Ogos jam 11 malam.

ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru kami menerusi media sosial:

Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)

Twitter (@ntv7)

Instagram (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)

Hashtag us at #ntv7 and follow our latest daily updates


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *