(HIBURAN) “JAMPI” LAGU TERBAIK ANUGERAH JUARA LAGU 32

Malam ini tadi menyaksikan lagu JAMPI nyanyian Hael Husaini dijulang di pentas penuh prestij, Anugerah Juara Lagu (AJL 32) sebagai lagu terbaik mengatasi 11 finalist yang lain di majlis yang penuh gilang gemilang . Kemenangan itu membolehkan Hael Husaini dan Ezra Kong  membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, berserta trofi.Anugerah Juara Lagu adalah inisiatif TV3 sejak tahun 1986 yang mahu memberi pengiktirafan pada seni indah ciptaan pemuzik khususnya pencipta lagu, penulis link dan penyanyi. 

Naib juara pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker. Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli pula mendapat tempat ketiga. Gandingan duet Syamel dan Ernie Zakri tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik. Persembahan Terbaik pula milik Altimet menerusi lagu Amboi dan dia memenangi wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8 berserta trofi. Manakala, Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung menjadi milik Khai Bahar dengan mendapat trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

Kembali bersiaran di Axiata Arena Bukit Jalil, turut diberi tumpuan kali ini adalah pasangan pengacara yang diberi mandat untuk mengemudikan acara muzik No.1 di Malaysia ini iaitu Alif Satar dan Sherry Al-Hadad. Manakala Karpet Merah yang bersiaran di Pop TV. TV9 pada jam 8.30 malam diacarakan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar Selain itu, trofi bertatahkan permata Swarovski sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini turut menjadi tarikan pada tahun ini bersesuaian dengan tema yang dipilih iaitu Fesyen dan Muzik di mana kedua elemen ini sering bergerak seiringan dan saling melengkapi. Selain siaran secara langsung di TV3, AUL 32 turut boleh ditonton di portal video tonton iaitu Pentas AJL 32 dibuka dengan persembahan penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris diringi petikan gitar oleh Edrie Hashim dan AG Coco dengan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Manakala untuk persembahan penutup menggabungkan penyanyi era 60-an iaitu Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah yang menyanyikan lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara mediey iaitu Tak Mengapa, Suzana & Hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *