(HIBURAN) Joe Flizzow lancar video muzik single Inggeris terbaharu – “DROP”

Kuala Lumpur (23 November, 2017) – Artis Sony-Kartel, Joe Flizzow telah melancarkan video muzik bagi single Inggeris terbaharunya yang berjudul – “DROP”. Single ini telah diterbitkan oleh Alif (sleeQ) dan telah diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia, Chris Athens. Video muzik DROP bakal ditayangkan secara umum di laman sesawang YouTube Vevo SonyMusicKartel pada 24 November 2017.

Muzik video ini telah diarahkan oleh Shimy Julaini dan diterbitkan oleh Joe Flizzow sendiri. Dirakam di beberapa lokasi sekitar Phuket, Thailand, video muzik ini memaparkan tempat-tempat menarik lagi indah yang terdapat di pulau tersebut.

“Saya jatuh cinta dengan keindahan pulau Phuket sewaktu bercuti di resort sahabat saya, Sri Panwa dan terus berkata bahawa saya perlu kembali untuk rakaman muzik video saya yang seterusnya. DROP membawa maksud yang positif, di mana setiap hari kita meraikan kehidupan tidak kira apa jua rintangan yang terpaksa dihadapi,” jelas Joe Flizzow.

Lagu dan video Muzik DROP boleh dimuat turun dan boleh didengari melalui penstriman di atas talian dikesemua landasan digital pada 24 November 2017: Laman sesawang: https://lnk.to/JFDrop

Mengenai Joe Flizzow

Joe Flizzow telah membina reputasinya sebagai salah seorang bintang hip-hop Asia yang disegani. Semenjak pelancaran album Inggerisnya, “President” pada tahun 2009, beliau telah mengembangkan empayar perniagaannya yang kini merangkumi sebuah syarikat rakaman (Kartel Records), agensi bakat (Kartel Agency), DJ Collective (Kartel Hitmen), kedai gunting rambut (Joe’s Barbershop) dan rangkaian cenderamata (Budak Baek). Joe Flizzow juga turut mengilhamkan dan bertindak selaku penerbit bersama “Hip-Hoppin Asia” di 8TV, sebuah rancangan pengembaraan yang mengikut penjelajahan beliau ke 7 buah negara Asia di mana beliau bertemu dan menemuramah penggiat-penggiat hip-hop dalam perjuangan mereka memartabatkan muzik hip-hop. Joe Flizzow juga telah melancarkan album “Havoc” yang mendapat sambutan luar biasa pada 7 Disember 2013 dengan judul yang sama di mana single “Havoc” menjadi fenomena seluruh negara.

Single keduanya yang berjudul “Apa Khabar” pula telah memenangi anugerah “Best Hip-Hop Song” di Anugerah Industri Muzik (dikenali sebagai Grammy Malaysia) dan turut mencipta sejarah sebagai lagu hip-hop pertama dinobatkan dengan anugerah berprestij “Song of The Year” pada Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-29. AJL mengiktiraf lagu terbaik sepanjang tahun, para komposer, penulis lirik dan vokalis berdasarkan carta Muzik-Muzik di TV3. Dengan tontonan melebihi 4 juta, AJL merupakan program berteraskan muzik nombor satu negara.

Joe Flizzow lebih tertumpu dan fokus dalam penghasilan dan penerbitan isi kandungan rancangan televisyen pada tahun sebelumnya. Dia baharu sahaja menerbit dan mengacarakan sebuah rancangan televisyen bertajuk “16 Baris” yang memaparkan bakat-bakat hip-hop di Malaysia. “16 Baris” bakal ditayangkan di penghujung suku 2017. Selain itu, beliau juga bakal mengacarakan sebuah rancangan pengembaraan iaitu “Go Travel: Best of Johor” yang akan ditayangkan di beberapa landasan saluran seperti rangkaian GoASean, rancangan dalam penerbangan atau IFE (In Flight Entertainment) serta beberapa rangkaian hotel di Asia.

Pencapaian dan pengaruh serantau yang kian bertambah Joe Flizzow telah mendapat pengiktirafan daripada jenama global seperti Tesco, Samsung dan juga Coach.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *