(HIBURAN) JUVANA 3: Perhitungan Terakhir ‘Perjuangan Akan Berakhir’

pagelogo

Setelah menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tersebut tampil dengan sekuel terbaharu berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

Filem yang padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terbabit dalam gejala sosial seperti gangster dan sindiket pelacuran ini masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz.

Merupakan kesinambungan daripada sekuel terdahulu, dalam siri ketiga filem ini Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan  diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain.  Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat?  Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

Untuk kesinambungan filem ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Penggambarannya pula bermula pada bulan April 2014 di sekitar Kuala Lumpur serta diterbitkan bersama oleh Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. dan Star Media Group Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *