(HIBURAN) FILEM ‘KAMPUNG DRIFT’ – KISAH SEORANG DRIFTER KAMPUNG (Garisan Penamat Bukanlah Segalanya)

Spread the love

IMG-20160527-WA018

Sukan permotoran seperti sukan drift merupakan antara sukan yang semakin berkembang dan cukup diminati oleh ramai golongan muda masa kini terutamanya di kawasan-kawasan bandar.

_ICE3597Malah, setakat ini sudah terdapat beberapa buah filem yang pernah dihasilkan dengan memuatkan elemen-elemen sukan drift dalam tema penceritaan yang dipaparkan.
Yang terbaharu, kali ini terdapat sebuah lagi filem yang memaparkan cerita mengenai sukan drift yang akan memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 4 Ogos 2016 berjudul KAMPUNG DRIFT.

_ICE3639Sesuatu yang cukup menarik tentang filem KAMPUNG DRIFT ini, ia bukanlah bertumpu kepada sukan drift semata-mata. Malah, ia turut menyelitkan elemen drama, di mana memaparkan hubungan antara bapa dan anak yang berhadapan dengan konflik.

_ICE3649Selain itu, turut diselitkan juga elemen sains fiksyen futuristik dipaparkan serta unsur komedi, menjadikan filem KAMPUNG DRIFT ini nyata berbeza dengan filem-filem sukan drift yang lain dan sudah pasti memberi kelainan serta nafas baharu dalam sebuah penceritaan.

_ICE4753Menggabungkan genre aksi drama, komedi dan sains fiksyen, KAMPUNG DRIFT mengisahkan pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

_ICE3497

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu. Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift.
Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur.
Filem arahan Nevin Hiong yang diterbitkan oleh Mico Studio (M) Sdn. Bhd. ini menampilkan beberapa barisan pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa dan Syazwan Yunos yang cukup popular dengan youtube ‘Abang Pulang’ serta ramai lagi.
Menjalani penggambaran selama sebulan bermula pada 4 Ogos 2015, antara lokasi yang menjadi pilihan adalah seperti Kampung Gajah (Perak), Janda Baik, Fraser Hill dan Genting Highland (Pahang) serta Lebuhraya Elite USJ (Selangor).

Youtube link: https://www.youtube.com/watch?v=pz_JWqNXJqQ

Website link: www.kampungdrift.com

Barisan pelakon
1. SYAFIE NASWIP – Johan
2. PEKIN IBRAHIM – Acai
3. PABLO AMIRUL – Ray
4. CHEN SIN FOO – Pak Idun
5. SYAZWAN YUNOS – Tuan Rumah
6. FATIN AFEEFA – Julia
7. ZALFA ZIN – Shiela
8. JAZLI HASSAN – Bojeng
9. PUOVIN SANDERA – Ajoi
10.BULLZAI – Don
11.SYED HUSSIEN AI – Bell
12.ESMA DANIAL – Bapa Julia
13.EIDA MOIN – Manager
14.KAMAROL HAJI YUSUF – Bapa Acai
15.YASMIN MD ISA – Mak Johan

SYNOPSIS

Combining action, comedy and sci-fi, Kampung Drift is a cross-genre coming-of-age tale of Johan, a teenager in search of the meaning of life and love through drift racing. Despite his father’s objection, Johan continues to find ways to unleash his passion for the sport with the help of his best friend Bojeng, his uncle Ajoi, and the mad scientist, Pak Idun.
When Johan accidentally discovers his family history and his father’s dark secret related to drift racing, he vows to turn his passion into a lifelong ambition. However, his road to glory is far from easy. He struggles through deceit, betrayal and love triangles involving his childhood crush, Julia, secret admirer, Shiela and scheming rival, Ray.

_ICE4009

_ICE4013

_ICE2569

_ICE3822

_ICE3522

10


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *