(HIBURAN) “Kau JanganKurang Ajar” Bukti Kematangan FTG

FTG adalah akronim kepada Freedom Thats Gone yang membawa irama thrash sudah tidak perlu di perkenalkan. Band yang di asaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1989 ini pada awalnya di terajui oleh Ibat selaku vokalis, Jac bertindak sebagai gitaris, Mie bassis dan Zam selaku pemain dram. 

Mereka umpama peledak kepada industri muzik berat tempatan kerana berjaya membolosi persada muzik mainstream setelah muncul dengan EP yang berjudul “Freedom Thats Gone” pada tahun 1991 di bawah label Karun Seni (FGM). Pada tahun yang sama FTG telah mempertaruhkan 2 buah lagu, Behind This Wall dan Kill Exxl dalam rancangan Muzik-Muzik.

Seterusnya mereka tampil dengan album sulung, After The Promise yang telah diriliskan pada tahun 1992 di bawah label Valentine Sound Production. Sehingga kini FTG mempunyai 10 buah album studio antaranya ialah Spirit To Rebel (1994), To The Front (1996). Kehadiran Tajul yang sebelum ini bersama kumpulan Hidayu telah melahirkan Aku Tak Peduli (1998), Made In Malaysia (1999), FTG (2000), Made In Malaysia Vol.2 (2001), Reborn (2002), Stop This Madness (2004) dan Kuasa (2006).

FTG kemudiannya seolah-olah hilang daripada radar industri muzik berat tempatan tanpa sebarang noktah mahupun album terbaru. Kehilangan mereka terjawab apabila buat pertama kali muncul di pentas Hard Rock Café Melaka pada 27 Februari 2016. Usai mengadakan persembahan di sana semangat FTG seakan kembali. Lantas beraksi beberapa siri jelajah yang telah di anjurkan oleh Rockstage Entertainment.

Kejayaan demi kejayaan mereka telah lakarkan, kini setelah 30 tahun berada di dalam industri muzik Malaysia FTG sekali lagi tampil dengan buah tangan terbaru yang berjudul “Kau Jangan Kurang Ajar”. Apa yang lebih membanggakan FTG masih lagi kekal dengan line up asal iaitu Mohd Isa Mohd Rafli (Jac), Mohd Nizam Mohd Shariff (Zam), Azmie Ibrahim (Mie) dan Tajul .

Mungkin ramai juga di kalangan peminat setia FTG sudah lali dengan rilisan mereka sebelum ini yang mana ianya di rialitikan dalam versi Bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Album “Kau Jangan Kurang Ajar” ini lebih berat penampilan muziknya namun masih lagi mengekalkan lirik yang sarat dengan mesej untuk peminat menghayati selain member peringatan dalam acuan tersendiri.

“Album ini telah di rakamkan di Quantize Studio Pandan Indah dan proses mixing di King Studio yang telah di lakukan oleh Sara manakala proses mastering pula telah di lakukan di Sri Damansara oleh CL Toh”, ujar Azmie Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mie.

“Daripada apa yang kami dengar dan apa yang kami lakukan di sepanjang proses penerbitan, mixing dan mastering ternyata apa yang ingin kami persembahkan kepada peminat nyata memenuhi keperluan halwa telinga, dan kami rasa inilah yang terbaik dan mampu kami hadiahkan buat peminat di luar sana yang selama ini menyokong karier seni kami”, ujar Mie lagi

Meskipun pendengar mempunyai pelbagai platform untuk menikmati karya FTG sebelum ini sama ada melalui lagu-lagu yang boleh di muat turun di Internet dan sebagainya, rasanya memiliki album yang berbentuk fizikal ini nyata memberikan kepuasan buat peminat muzik apatah lagi ianya boleh di simpan sebagai koleksi peribadi.
Album “Kau Jangan Kurang Ajar” memuatkan 8 buah lagu antaranya Kita Bukan Anjing, Kalau Bodoh Jangan Sombong, Demokrasi Mimpi, Ibu Maafkan, Aku Bukan Izrail, Pengkhianat Lahanat, Dajjal (Musa Al Samiri) dan Kau Jangan Kurang Ajar.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat Rockstage Entertainment kerana member kepercayaan kepada kami untuk terus berkarya, meskipun sebelum ini kami pernah beranung di bawah syarikat rakaman yang besar seperti FGM dan Pony Canyon (Interglobal)”, ujar Mie mengakhiri perbualan ringkas m engenai album terbaru.
Peminat boleh mendapatkan album yang diriliskan dalam format cakera padat manakala format kaset boleh di dapati namun pengeluarannya adalah terhad.

FTG dan Rockstage Entertainment juga bakal menjelajah ke beberapa lokasi untuk mempromosikan album ini selain mengukuhkan silaturahim bersama peminat. Sebagai permulaan mereka akan mengadakan persembahan di Dewan Lipis Grand Continental Hotel, Kuantan Pahang pada 26 Oktober nanti. Selain FTG peminat juga bakal dihiburkan oleh kumpulan Giegil, The Pilgrims serta Nosferial. Siri jelajah ini juga akan di teruskan di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *