(HIBURAN) Kehebatan Maya Karin

Spread the love

Maya Karin 2Maya Karin, merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam arena industri seni tanah air. Maya yang terkenal dengan lakonan yang mantap di setiap persembahan beliau ini mampu membuat siapa sahaja akan ‘jatuh cinta’ dan terkesan dengan lakonan dan persembahannya. Kehebatan yang dimiliki beliau tidak dapat di sangkal lagi apabila pada tahun ini Maya Karin sekali lagi tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah berprestij Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi filem Nota dan Jwanita.
Maya Karin tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula melibatkan diri dalam industri perfileman. Ternyata lakonan Maya dalam filem Nota dan Jwanita menjadi kerana telah mendapat sambutan yang hangat oleh peminatnya dan oleh kerana kehangatan dan aura yang ada pada Maya itu juga membuatkan beliau tercalon sebanyak 2 kali untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tahun ini. Ini juga merupakan pertama kali Maya dicalonkan untuk 2 filem di dalam satu kategori.

Sebelum ini, Maya juga pernah dua kali merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM melalui filem Anak Halal dan Ombak Rindu yang diarahkan oleh sutradara Osman Ali. Tahun ini juga sudah 10 kali nama Maya Karin tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia.
Kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi tahun ini menyaksikan persaingan yang sangat hebat. Barisan artis yang turut bertanding bersama Maya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik adalah Lisa Surihani (Suamiku Encik Perfect 10), Nadiya Nissa (Love Supermoon), dan juga Nabila Huda (Munafik).
Malam kemuncak Festival Filem Malaysia yang ke 28 bakal diadakan pada 3 September ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9.00 malam.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *