(HIBURAN) ‘KEMBALI TERANG’ DIHARAP AKAN MEMBERI LEBIH IMPAK

Spread the love

Petaling Jaya, 23 Julai 2022 – Marsha Milan, pemenang dua kategori di Anugerah Juara Lagu 36 iaitu Naib Juara dan Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Cinta kembali mempertaruhkan lagu terbaharu beliau bertajuk ‘Kembali Terang’.

Lagu Kembali Terang ini dicipta oleh Senna dan Ajin manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh Senna. Kembali Terang diciptakan khas untuk Marsha Milan demi menonjolkan lagu, bakat dan suaranya. Lirik yang ditulis juga diinspirasikan daripada pengalaman Marsha Milan sendiri.

Menurut Marsha Milan, penyanyi lagu Kembali Terang ini, “Pertamanya saya sangat bersyukur kerana masih lagi diberikan kepercayaan dan peluang oleh Alternate Records & Talents untuk melahirkan sebuah lagi lagu di bawah label yang sama. Kejayaan lagu Cinta yang lalu membuka lebih ruang kepada Marsha untuk berkarya dan menunjukkan kelebihan yang ada pada Marsha sekaligus membuka pintu rezeki Marsha untuk lebih maju. Lagu terbaharu Marsha yang bertajuk Kembali Terang ini diharapkan dapat diterima oleh semua orang lebih-lebih lagi, lagu ini benar-benar dekat dengan Marsha. Semoga semua terus menyokong kerjaya Marsha agar Marsha dapat melahirkan lebih banyak lagu untuk semua.”

Menurut Mr. Prakesh Swaminathan, Ketua Pengurusan Alternate Records Sdn Bhd, “Kita tidak pernah ragu dengan keupayaan Marsha. Lagu Cinta yang kita hasilkan sebelum ini menjadi bukti yang Marsha sememangnya layak diiktiraf sebagai penyanyi yang berbakat dan mempunyai vokal yang cukup baik. Kembali Terang ini merupakan lagu ke-2 yang kita buat bersama Marsha dan pastinya akan ada lebih banyak lagu yang bakal dihasilkan bersama. Dalam lagu terbaharu ini, kita mengetengahkan lagi kelebihan yang ada pada Marsha iaitu vokalnya. Jadi, saya harap dengan lahirnya lagu Kembali Terang ini akan sekaligus membantu Marsha untuk pergi lebih jauh.”

Lagu Kembali Terang ini boleh didengari di semua pelantar digital bermula 22 Julai 2022 ini dan muzik video bakal dipertontonkan di saluran Youtube Alternate Records & Talents tidak lama lagi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *