(HIBURAN) Keputusan Anugerah Blockbuster 2011

Keputusan Anugerah Blockbuster 2011 yang telah di anjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM) malam tadi. Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Blokbuster 2011 yang telah di adakan di Stadium Melawati, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104).

Bagi menampakkan kelainan, Anugerah Blockbuster ini membuat keputusanberdasarkan undian penonton yang melalui online dan SMS.

Syamsul Yusof berjaya membawa pulang 4 anugerah termasuk anugerah utama Filem Terhebat

Hadiah bagi setiap kategori, pemenang akan menerima sebuah trofi serta wang tunai RM5000 manakala untuk Anugerah Filem Terhebat dimana pemenangnya menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Hos bagi Anugerah Blokbuster kali ini ialah Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Antara top selebriti yang membuat persembahan malam tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search, Ziana Zain, Erra Fazira, Zamani, Alyah serta ramai lagi.

Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto – foto menarik semasa anugerah itu berlangsung

kredit foto : FAP Images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *