(HIBURAN) Keputusan Penuh ” Anugerah Bintang Popular Berita Harian ” 2012

Spread the love

533547_505410159503304_89716300_nShaheizy Sam meraih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra dan dinobatkan sebagai ” Bintang Paling Popular ” bagi edisi terbaru ABPBH 2012, peminat Sam bagai membalas dendam apabila berjaya mengembalikan semula trofi itu ke tangan pelakon kesayangan mereka setelah pada tahun lalu, Shaheizy Sam terpaksa merelakan trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) menjadi milik Aaron Aziz.

893565_574052859305700_1293503598_osmall

6.5 juta tonton ABPBH 2012

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, kelmarin yang disiarkan secara langsung menerusi TV3, berjaya meraih tontonan keseluruhan mencecah 6.5 juta.

Menurut kenyataan dikeluarkan stesen televisyen nombor satu negara itu semalam, ABPBH edisi ke-26 meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak empat juta (19.5 TVR) atau 60 peratus daripada jumlah keseluruhan tontonan.

Jumlah itu dikeluarkan berdasarkan kajian dilakukan Nielsen Audience Measurement.

Selain dapat diikuti menerusi saluran televisyen teresterial itu, ia juga boleh ditonton secara langsung menerusi saluran berbayar Astro dan didengar melalui radio rasmi acara, Hot FM.

Shaheizy paling popular

ABPBH 2012 yang menobatkan aktor Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular dan pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Popular itu meriah dengan kemunculan ramai artis tanah air membuat persembahan termasuk Datuk M Nasir, Ziana Zain, Ella, Jay Jay, Black dan RJ, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Bagio Damasutra, Zarul Umbrella, Ayai Ilusi, Amir Ukays, Datuk AC Mizal, One Nation Emcees dan Adira.

Antara pemenang pada malam penuh gemilang itu termasuk Aaron Aziz, Faizal Ismail, Hafiz, Yana Samsudin, Nabila Huda, Wawa Zainal, Aiman Hakim Ridza, Didie Alias, Fara Fauzana serta Zizan Razak, yang juga pengacara majlis bersama Johan.
Nazim Othman, Tasha Shilla, Fizz Fairuz, Nur Fathia, Lisa Surihani, Tomok, Neelofa, Anzalna, Nadiya Nisaa, Dazrin, Nubhan, Shah Iskandar, Rozita Che Wan dan Fizo Omar pula antara artis yang turut menarik perhatian peminat sebagai penyampai trofi.

Selain 16 kategori utama termasuk Bintang Paling Popular, ABPBH 2012 juga menyediakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang diterima kumpulan rock legenda, Search.

 

Sumber: Berita Harian

www.bharian.com.my

Senarai Keputusan Penuh :

Artis Baru Lelaki Popular –  Aiman Hakim Ridza
Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black/Malique
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah
Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda
Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsuddin
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Kumpulam Rock SEARCH

– — – — – — – — – — – — – — –
Kategori Online
– — – — – — – — – — – — – — –
Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular – Sofi Jikan
Gandingan di Layar Serasi – Johan & Zizan Razak
Watak Animasi Tempatan Popular – Upin & Ipin
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial  – Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo – Zizan Razak
Artis Wanita Stailo – Melissa Francis
Artis Asia Paling Popular – Zizan Razak


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *