(HIBURAN) “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea TV3

Drama Kerana Sarah (4)

“KERANA SARAH” DERITA SEORANG WANITA

Cinta pandangan pertama di antara Sarah dan Emran berakhir dengan perkahwinan walaupun ikatan itu tidak direstui oleh keluarga. Mampukah sebuah ikatan perkahwinan tanpa restu keluarga membawa kebahagian di kemudian hari? Menyusuli “Debunga Lalang”, sebuah lagi drama berjudul “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea mulai 7 Februari 2013 yang lalu, dibintangi oleh Rita Rudaini, Lisdawati, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Shakilla Khoriri, Katie Azian dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Temenggung Pictures ini diarahkan oleh Murali Abdullah manakala skripnya ditulis oleh Haida Mazni.

Drama Kerana Sarah (3)

“Kerana Sarah” berkisar tentang gejolak hati seorang wanita bernama Sarah (Rita Rudaini) yang terpaksa mengharungi derita hanya kerana cintanya terhadap lelaki bernama Emran (Ako Mustapha). Haknya sebagai seorang isteri, ibu dan menantu tidak pernah diakui dan diterima oleh ibu mertuanya, Puan Rosnah (Katie Azian) yang sangat membencinya.

 Drama Kerana Sarah (1)

Persengketaan bermula apabila Emran menolak hasrat Puan Rosnah yang ingin menyatukannya dengan Dayana (Lisdawati) dan berkahwin dengan kekasihnya, Sarah. Meskipun perkahwinan di antara Emran dan Sarah tidak direstui oleh ibunya, namun berkat kesabaran dan kasih sayang serta sumpah setia terhadap cinta Emran, Sarah sabar mengharungi segala rintangan sehinggalah mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Kebahagian yang dikecapi bersama Emran semakin dirasai apabila Sarah kini sedang sarat mengandung anak kelima. Akan tetapi takdir telah merampas Emran dari Sarah apabila Emran meninggal dunia akibat mati lemas. Sarah mula hilang arah. Rosnah pula mula mengambil kesempatan di atas suratan yang berlaku demi membalas dendam terhadap Sarah.

Drama Kerana Sarah (5)

Sejurus Sarah selamat melahirkan bayi comel yang diberi nama Efira, Rosnah telah memisahkan bayi itu dengan ibunya dengan menyerahkan Efira kepada Dayana. Sarah meronta-ronta ingin berjumpa Efira sehingga menyebabkan dirinya menjadi gila dan dirawat di hospital mental. Apakah nasib Sarah selepas itu?

Masa berlalu pergi, Efira (Shakilla Khoriri) yang dibesarkan oleh Dayana kini sudah pun meningkat dewasa. Sejarah seakan berulang kembali. Dayana cuba menyatukan Efira bersama calon pilihannya. Adakah nasib Efira sama seperti ibu kandungnya, Sarah? Atau Efira akan merampas kembali kedukaan yang pernah membelenggu hidup ibunya suatu ketika dahulu?

Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KERANA SARAH menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Ia juga boleh disaksikan menerusi www.tonton.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *