(HIBURAN) KHAI BAHAR – SENGSARA

Spread the love

Petaling Jaya, 16 Julai 2021 – Sengsara merupakan buah tangan terbaharu dari penyanyi popular Khai Bahar selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K ini merupakan lagu runut bunyi (OST) kepada filem Dendam Penunggu. 

Dendam Penunggu merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada bulan Ogos depan. “Syukur alhamdulillah Khai sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan kepada Khai untuk menyanyikan lagu Sengsara untuk OST Dendam Penunggu. Semasa mendapat tawaran tu agak last minute dan kami terus setuju tanpa berfikir panjang sebab diberikan peluang kerana lagu ni sangat sedap dan unik. Alhamdulillah sempat disiapkan walaupun ada cabaran tersendiri dengan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita. Harapan Khai lagu ni akan dapat dihayati dan diterima oleh pendengar semua. Khai pun tidak sabar nak menonton filem Dendam Penunggu ini pada bulan Ogos nanti.”

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman Media Prima, Puan Nor Shahila Harun Shah turut meluahkan perasaan gembira apabila Khai Bahar sudi menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Sengsara ini. “Khai Bahar mempunyai mutu suara yang lunak dan mudah melekat di telinga pendengar. Kami yakin dengan kebolehan Khai untuk menyampaikan sebuah lagu ini dengan baik. Harapan kami agar peminat Khai akan dapat menyokong lagu single terbaharu Khai ini.” 

Sengsara sudah boleh di strim di semua pelantar digital bermula dari hari ini. Lirik video rasmi Sengsara pula dapat di tonton di Youtube Monkey Bone.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *