(HIBURAN) KL RHYTHM NITEZ : HUBBU RASUL

cof

Kuala Lumpur, 19 November 2018 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam. Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar lslam. Program ini adalah merupakan gabungan persembahan artis-artis tanahair yang akan menyanyikan lagulagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.

cof

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf (Ahli Fiqir), serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.

Raihan : Kumpulan Raihan ditubuhkan pada tahun 1996 dan aktif sehingga kini, Kumpulan Raihan ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti Haruman Dari Syurga. Ahli Raihan kini di anggotai oleh Abu bakar bin Yatim, Che Amran ldris dan Amran lbrahim.Kumpu|an Raihan telah menghasilkan 16 buah album dari tahun 1997 hingga 2011 dan Lagu lagu seperti Puji Pujian, lman Mutiara dan Syukur telah membawa nama Raihan ke mercu kejayaan dan telah mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia 3.5 juta unit. Kumpulan Raihan juga telah banyak meraih Anugerah didalam AIM, Anugerah Album Nasyid Terbaik, Anugerah Kembara dan Persembahan Vokal Terbaik Kumpulan.

Rabbani : Kumpulan Rabbani di tubuhkan pada tahun 1997 dan aktif sehingga kini, yang membawa maksud Yang Arif dan Yang Soleh bermatlamat untuk menyeru diri, keluarga dan masyarakat kea rah kebaikan. Ahli kumpulan Rabbani kini 7 orang di antaranya, Mohd Rithaudden bin Yaakob, Mohd Loqman bin Abdul Aziz, Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah bin Hasyim, M. Afendi bin Shahbudin, Nazrul Azhar bin Tamrin, Azizan bin Khalid. Kumpulan Rabbani telah menghasilkan 12 buah album dan lagu yang popular seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Assalamualaikum, Teman sejati dan banyak lagi. Kumpulan Rabbani juga telah banyak meraih kejayaan di dalam Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Kategori Penyanyi Nasyid Popular dari tahun 2001 hingga 2010.

Mawi : Nama sebenar beliau adalah Asmawi bin Ani, anak kelahiran Kulai Johor dan di lahirkan pada 25 Ogos 1981. Selain dari kerjaya Penyanyi beliau juga di kenali sebagai seorang Pelakon, Pengacara, Penyampai Radio, Duta dan Penerbit. Mawi merupakan seorang juara rancangan reality TV Akademi Fantasia Musim 3 pada tahun 2005 (Mawi Wold). Sejak kebelakangan ini bakat beliau lebih menonjol dengan menyanyikan lagu-lagu Nasyid dengan cara berduet. Diantara lagu-lagu duet beliau adalah seperti OST Filem Munafik 1 & 2, berduet dengan Syamsul, Al Haq dengan Dato AC Mizal dengan Kumpulan Rabbani, Dengan Daiy Filsuf, Akil Hayy dan ramai lagi artis artis yang popular dan yang terkini beliau telah mengeluarkan lagu single nasyid yang bertajuk Penyuci Jiwa pada bulan Ogos 2018.

Daly Filsuf : Nama sebenar Fadali bin Mohd Darif berasal dari Negara Singapura merupakan seorang kumpulan Ahli Fikir (1990-2000) bernaung di bawah syarikat Warner Music Malaysia dan cara nyanyian beliau adalah lebih kepada Rap (Bercakap), Di Antara lagu beliau yang populag adalah 2×5, Kerana Hip Hop, Boleh dan banyak lagi. Beliau juga menjadi rapper pilihan kumpulan nasyid untuk berduet.

Aris Ariwatan : Nama sebenar Aris Ariwatan ialah Harris Fadzillah bin Daud di lahirkan di lpoh Perak pada tahun 5 Okt 1964. Bermula pada tahun 1989 dibawah naungan syarikat EMI (1989-1998) Kumpulan Ariwatan (Muzik ROCK) kumpulan ini sangat popular dengan nama SYJ ketika di pentas. Dua (2) album beliau telah menacatatkan penjualan Platinum iaitu Album Aris dan Album Kaya. Sepanjang penglibatan beliau dalam industri muzik ini beliau telah menghasilkan empat (4) buah album di mana setiap album menghasilkan sebuah lagu hit diantaranya lagu Lamunan Terhenti, Cinta Tak Kenal Siapa, 1 2 3 4 dan Permaidani. Lagu lagu ini sering di mainkan di stesen stesen Radio.

Raqib Majid : Nama sebenar Fahrur Raqib bin Abdul Majid di lahirkan di Klebang Melaka pada tahun17 Jun 1990. Mula aktif di rancangan reality rancangan Akedemi Fantasia 9. Beliau menjadi lebih popular apabila menyanyikan lagu-lagu zikir. Beliau juga pernah mengeluarkan Album pertama bertajuk Luahan Rasa dan bergabung dengan kumpulan nasyid FarEast lagu ‘Law Kana Bainana’, Selain dari kerjaya nyanyian beliau juga merupakan seorang DJ Zayan FM radio baru di Astro.

lmam Muda Nazrul – Pengacara Nama penuh Nazrul lzwan bin Zolkiflee di lahirkan di Segamat Johor pada 20 Jun 1985. Berkelulusan Diploma Pengajian lslam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Kerjaya Guru Besar SRA dan Pendakwah Bebas. Beliau merupakan Naib Johan Rancangan Rialiti Imam Muda 2011 dan bergerak aktif sebagai Pendakwah dan Moderator.

Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

Persembahan khas ini adalah percuma di bawah program ‘KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENlMAN).

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat Ianjut dengan melayari laman media sosial lnstagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email persatuansenimanmalaysia@gmail.com

###

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *