(HIBURAN) Kolaborasi Komedi 2 Negara Dalam “HAHA…HIHI”

Spread the love

IMG_3442‘Haha Hihi’ sebuah program baru yang berkonsepkan sketsa komedi. Dilakonkan oleh pelawak-pelawak Indonesia seperti Saywho, Fuad, Cacing dan Endah serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Malaysia seperti Shuk (Balas), R2, Jihan, Mamat (Sepah), Arin dan Shiro. Program berdurasi 30 minit ini akan berkisar tentang kehidupan seharian. Program ini bakal menemui penonton bermula 20 Jun 2013 pada setiap hari Khamis , jam 10 malam di saluran Bintang (141) di dalam pakej Indopek.

IMG_3451Program yang akan bersiaran selama 13 minggu ini dihangatkan lagi dengan peraduan ‘HaHa HiHi HuHu?’ di mana peraduan ini terbuka kepada umum dan mereka hanya perlu menghantar video klip pendek selama 3 minit yang berunsurkan komedi. Video ini telah dimuatnaik ke pautan-pautan media baru yang disediakan oleh pihak Astro seperti di laman sesawang rasmi, facebook, twitter, keek dan juga youtube semenjak  16 Mei 2013 sehingga 30 Mei 2013 dan 3 terbaik bakal memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai.

haha hihismall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *