(HIBURAN) KONSERT AKHIR MENTOR LEGEND RAIH LEBIH 4.8 JUTA PENONTON!

MENTOR LEGEND 2014

Mentor Legend melabuhkan tirai terakhirnya dengan mengekalkan statusnya sebagai program realiti no.1 negara dengan 4.8 juta penonton. Disamping mengekalkan status itu, pihak produksi Mentor Legend telah mengumumkan bahawa hasil jualan tiket yang berharga RM20 sekeping itu, akan disumbangkan ke Tabung Bersamamu, TV3. Hasil kutipan ini juga termasuk dengan sejumlah dana ikhlas dari penonton Mentor Legend  Dengan rasa besar hati kami mengumumkan bahawa penonton setia Mentor Legend telah menyumbangkan dana yang berjumlah RM10,390.

Lebih membanggakan apabila program realiti ini Malaysia ini berjaya mendominasi hampir 36% penonton (market share) mengatasi pelbagai program-program menarik di stesen televisyen lain yang juga bersiaran pada masa dan waktu yang sama. Selama Mentor Legend ini bersiaran,  Nielsen Audience Measurement telah mengesahkan bahawa jumlah penonton ketika itu mencecah lebih 4.8 juta penonton

Sememangnya Mentor Legend ini merupakan sebuah prgram realiti yang sentiasa dinantikan penggemar program realiti dan muzik tanah air. Bukan sahaja di kaca televisyen, konsert mingguan Mentor Legend juga dipancarkan menerusi laman portal video rasmi (www.tonton.com.my) di mana penonton disajikan dengan siaran ulangan setiap konsert mingguan Mentor Legend.

Statistik di arena ‘atas talian’ (online) mencatatkan sebanyak 6.4 juta pengguna laman sosial yang menggunakan #MentorLegend pada malam itu. Dengan pencapaian itu, Mentor Legend telah trending bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Para pencinta Mentor Legend boleh melihat kesemua komen dan gambar yang dimuat naik dengan #MentorLegend di Twitter, Instagram, dan Facebook.

Manakala jumlah tontonan (views) di Tonton (www.tonton.com.my) buat masa ini telah mencapai 22,617 tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari. Manakala, sehingga hari ini, jumlah visit laman Mentor Legend mencecah 78,234.

Tuah kali ini berpihak kepada pasangan mentor dan protege Dayang Nurfaizah dan Azmil.  Dijulang sebagai Juara Mentor Legend, kedua-dua mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000 dan trofi dari penganjur, dua buah Proton Iriz 1.6 Premium CVT daripada Proton, dan juga voucher beli belah, Zalora bernilai RM10,000 untuk Azmil. Tempat kedua dimiliki oleh pasangan mentor dan protege Ella dan Aina yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM200,000 berserta trofi dari pihak penganjur. Manakala Tempat ketiga jatuh kepada pasangan mentor dan protege Amy Search dan Sarah yang berjaya membawa pulang wang tunai Rm100,000 serta trofi dari pihak penganjur..

Namun apa yang mencuri tumpuan malam itu ialah penampilan khas juri jemputan yang diterbangkan khas dari seberang, Cakra Khan. Beliau telah membuat persembahan istimewa dengan lagu medley Setelah Kau Tiada & Harus Terpisah pada penghujung rancangan setelah ketiga-tiga protégé selesai membuat persembahan bersama artis jemputan mereka.

Persembahan pembukaan malam itu dimulakan dengan persembahan khas dari protege-protege lain yang pernah mengikuti program Mentor Legend ini dengan lagu Mewangi dan lagu tema Mentor Legend, Tunjuk Ajarku Sifu, diikuti dengan pengenalan para finalis Mentor Legend, juri-juri, dan hos Mentor Legend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *