(HIBURAN) Konsert Jelajah 3 Permata

Spread the love

DSC_0311

Nama Adibah Noor, Misha Omar dan Jaclyn Victor sememangnya sinonim dengan kemantapan vocal masing-masing dan ia bukannya sesuatu yang asing idea penyatuan tiga penyanyi ini dalam satu persembahan atau konsert sekali lagi. Mereka pernah digandingkan pada 24 November 2012 menerusi satu konsert gilang gemilang di Esplanade, Singapura dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sehubungan dengan itu suara tiga penyanyi ini bakal mengegarkan Konsert Jelajah 3 Permata yang bakal meliputi 6 buah negeri/lokasi di Malaysia bermula 21 September 2013.

3 permatasmallkredit

Konsert yang bakal bermula di lokasi pertama di Sarawak dan akan berakhir di Kuala Lumpur pada 2 November 2013. Menurut Faizul Zakaria, daripada Dangerous Events yang merupakan wakil promoter bagi konsert jelajah ini menegaskan bahawa ia merupakan satu peluang keemasan bagi peminat-peminat di Malaysia yang terlepas peluang menyaksikan persembahan ini yang berlangsung di SIngapura tahun lalu serta konsert ini bakal berlangsung selama satu jam setengah dengan dendangan lagu hit ketiga-tiga penyanyi tersebut dalam bentuk medley ataupun interchange songs. Segala urusan tempahan tiket boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang : www.3permata.com.my. Harga tiket bermula RM40 dan ke atas dan bakal diumumkan nanti.

Lokasi & Tarikh Persembahan :

21 September 2013 – Sarawak

28 September 2013 – Sabah

12 Oktober 2013 – Johor

19 Oktober 2013 – Pahang

26 Oktober 2013 – Kedah

2 November 2013 – Kuala Lumpur

 


Spread the love

3 comments on “(HIBURAN) Konsert Jelajah 3 Permata

  1. Razlin rezza says:

    saya berminat nak saksikan persembahan 3permata,boleh sy tahu lebih lanjut pada 26oktber lokasi kat kedah,kat mana?terima kasih.

    • admin says:

      hi razlin
      secara jujurnya sy sendiri tak pasti lokasi mereka
      bila check pada website x ada
      apa2 sy akan update..terima kasih

  2. admin says:

    razlin

    u may try to like this page
    http://www.facebook.com/konsert3permata?ref=stream&hc_location=stream
    maybe it will help u for latest update

    thanks

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *