(HIBURAN) Konsert Jessie Chung Sempena Tahun Baru 2017

Bertempat di Paradigm Mall, Kelana Jaya Selangor penyanyi yang baru sahaja dinobatkan dengan “ Album Certified Platinum”  sempena kejayaan menduduki  kedudukan utama  selama 8 minggu berturut di  Five Music’s International Chart Taiwan telah membuat konsert pengenalan kepada peminat sempena sambutan tahun baru 2017.

Masih segar dengan kejayaan tersebut, beliau berjaya memukau ratusan peminat yang hadir diperkarangan ruang legar luar Paradigm Mall. Bermula sekitar jam 8 malam, peminat telah mula berkumpul di ruang legar tersebut semenjak jam 5 petang lagi.

Jessie Chung telah menghiburkan peminat beliau dengan 5 lagu termasuk dari album yang baru sahaja menerima anugerah platinum dari pihak Warner Music antaranya  Be Strong,  Forever Young dan satu lagu baru  Bahasa Malaysia yang berjudul  “Langit Membiru” .

Kepuasan jelas terpancar di wajah peminat-peminat beliau dari pelbagai latar belakang dan tidak mengira Melayu, Cina dan India tidak berganjak dari lokasi tersebut sehingga tamat mini konsert tersebut. Kadangkala persembahan beliau mencetuskan emosi dan kesedihan dikala beliau berkongsi kisah berkaitan dengan pesakit beliau berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang pengamal perubatan yang banyak bertemu dengan pesakit terutamanya berkaitan dengan kanser.

Konsert jelajah Jessie Chung ini akan berterusan ke  12 lokasi di seluruh negara sehingga bulan Mac 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *