KUALA LUMPUR, 22 Mac 2025 – Sejarah demi sejarah telah dicetak. Rekod demi rekod telah dilakar namun penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd yang telah menjenamakan Jiwa Kacau masih belum mahu berhenti untuk melakar lebih banyak pencapaian dengan mempersembahkan hiburan berkualiti demi menepati cita rasa peminat muzik yang sudah bersama mereka sejak hari pertama. Maka terimalah Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game yang akan menjadi sebuah lagi pesta gilang gemilang meraikan kepelbagaian muzik Nusantara.
Dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2025 di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, anda pasti tidak akan mahu melepaskan peluang menjadi saksi mata Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game. Mewakili Malaysia, dipersembahkan kugiran legenda, Spider bersama dua (2) band yang memiliki peminat luar biasa iaitu Hujan dan Bunkface. Kerispatih, The Lantis & A Mystery Band pula akan diterbangkan khas daripada Indonesia untuk melengkapkan siri Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game pada 28 Jun 2025 ini.
ARTIS: HUJAN, BUNKFACE, SPIDER, KERISPATIH, THE LANTIS & A MYSTERY BAND
ACARA: KONSERT JIWA KACAU 2025 – THE FINAL GAME
TARIKH: 28 JUN 2025
LOKASI: STADIUM NASIONAL HOKI BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD
HARGA TIKET: GENERAL ADMISSION (RM98), CAT 1 (RM148), ROCKZONE (RM168), VIP (RM228), JK (RM328)
PLATFORM PEMBELIAN: ILASSOTICKETS | WWW.ILASSOTICKETS.COM