(HIBURAN) Konsert jom tonton: tonton raikan pelanggan VIP

 

Petaling Jaya, 22 April 2017 – tonton, servis penstriman terbesar tempatan dan pertama di Malaysia baharu menyambut ulangtahun pertama. Dalam masa setahun ini, banyak kejayaan yang telah dicapai oleh tonton. Sempena dengan sambutan ulang tahun pertama ini, tonton telah menyediakan barisan rancangan hebat yang akan membawa tonton ke kelas tersendiri.

Menyambut ulang tahun pertama, tonton mengajak ahli VIP dan peminat semua bersama-sama meraikan ulangtahun ini dalam sebuah acara – Konsert jom tonton. Konsert jom tonton merupakan sebuah karnival mini yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya street bazaar, sesi ramah mesra bersama selebriti popular, konsert yang menampilkan nama-nama hebat dalam industri hiburan Malaysia dan banyak lagi!. Konsert jom tonton ini telah diadakan hari ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di ruang Piazza, The Curve, Mutiara Damansara.

Duta baharu tonton Dato’ Seri Vida, Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack juga turun padang untuk meluangkan masa untuk bersama-sama dengan peminat serta menyaksikan persembahan Ayda yang mendendangkan lagu-lagu popular beliau. Bintang Youtube terkenal Jin & Reuben dari JinnyboyTV juga akan turut merancakkan karnival ini.

Selain itu, acara ini turut menampilkan artis-artis Cina antaranya Dr. Soo Wincci, Orange Tan dan Jieying Tha yang menghiburkan peminat. Peminat juga berpeluang bertemu dengan pelakon-pelakon drama I Am Not A Loser antaranya Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian.

Peminat cilik siri animasi tempatan telah  mendapat peluang keemasan  bertemu dengan Ejen Ali dan Boboiboy.

Acara kemuncak semestinya konsert yang akan diadakan bermula jam 8.00 malam. Konsert ini menampilkan barisan artis popular antaranya Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Bunkface yang menghangatkan pentas tonton dengan persembahan yang cukup memukau.

Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:

Facebook: tontonMY

Twitter:  tontonMY

Instagram: tontonMY

Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *