(HIBURAN) Konsert M.Nasir Sang Pencinta 2013

IMG_0456

2013 menyaksikan setelah 4 tahun,  penyanyi yang juga komposer terkenal, Dato’ M.Nasir menggegarkan pentas Istana Budaya buat kali keduanya selama tiga hari berturut turut bermula 27, 28, dan 29 Jun ini. Konsert M.Nasir Sang Pencinta ini bertemakan semi muzikal. Gabungan karya Dato’ M.Nasir dan sentuhan kreatif Bombay nyata menghidupkan suasana teruja dan asyik sambil membawa penonton mengembara bersama secara transformasi muzik ke visual yang penuh artistik dan fantasi.

IMG_0354

Dalam konsert ini, Dato’ M.Nasir mendendangkan 22 lagu popularnya termasuk segmen ‘unplugged’ bagi koleksi lagu ciptaannya untuk artis lain selama 2 jam.

Menariknya mengenai Konsert Sang Pencinta ini diserlahkan dengan gabungan pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia) membawa satu pembaharuan yang lebih baik buat karya muzik M. Nasir untuk para peminat setianya.

Konsert M.Nasir Sang Pencinta 2013 berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28-30 Jun 2013. Antara lagu-lagu yang di muatkan dalam konsert tersebut adalah:

 

-Dalam

 

-Bahtera Raudhah

 

-Apokalips

 

-Kerongcong Untuk Ana

 

-Hidayah

 

-Rajawali

 

-Perang Yang Lagi Satu

 

-Mentera Semerah Pada

 

-Hijab Kekasih

 

-Layang-Layang Terputus Tali

 

-Meniti Titian Usang

 

-Lagu Baru*

 

-Tanya Sama Itu Hud-Hud

 

-Akar Kita

 

_Bukalah Hati Mu

 

-Wadi

 

-Mustika

 

-Sahabat Gua

 

-Ada

 

-Sesat di Kuala Lumpur

 

-Sentuhan Listrikmu

 

kredit artikel : Hermas Jalil / Fendy Ahmad

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *