(HIBURAN) KONSERT PELANGI UNTUK MU – NING BAIZURA DI TUNDA KE 16HB. NOVEMBER

ning1crop

Kuala Lumpur, 15 September 2013 – Konsert yang paling dinantikan, “Konsert Pelangi Untukmu’ dari bintang terkenal Ning Baizura telah dijadualkan pada 21hb. September 2013 terpaksa di tunda tarikhnya kepada 16 November 2013. Ini bersesuaian dengan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh Ning masih lagi dalam proses rakaman dan bakal dipersembahkan pada malam konsert tersebut. Lagu itu masih dalam proses gubahan untuk memastikan kepuasan yang tinggi kepada para peminat dan pendengar khususnya yang selama ini menantikan buah tangan terbaharu daripada bintang ini.

ning1

“Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan.” Kata Ning Baizura.

Pihak kami memohon maaf atas permasalahan yang dihadapi. Tiket-tiket yang telah dimiliki masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian. Tiket berharga RM75 dan RM50 boleh didapati melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *