(HIBURAN) ’KU TAK AKAN MENYERAH’ SINGLE KEDUA CFU DMS

Petaling Jaya, 21 November 2018 – DATO’ SERI DR MUHAMAD RUSLAN SHAH atau lebih mesra dikenali sebagai CFU DMS ,Presiden dan pengasas produk DMS360. Telah menghasilkan single kedua beliau yang berjudul ” KU TAK KAN MENYERAH ” hasil kerjasama dengan Adi 6ixthsense sebagai producer / penerbit yang menjadikan arrangement / ubahan dan alunan lagu ini yang berentak pop rock sesuai dengan suara CFU DMS , dan juga Emma Rockers sebagai penulis lirik bersama Dato’ Seri Dr Muhamad Ruslan shah.

Lagu ini berkisahkan perjuangan CFU DMS, dari awal pembabitannya sebagai seorang pengasas produk hinggalah kejatuhan dan kebangkitannya semula diceritakan didalam lagu ini dan dilakonkan semula didalam Music Video “KU TAK AKAN MENYERAH”. Dengan artis jemputan pelakon sensasi Zarina Zainoordin AF yang menghidupkan watak sebagai isteri kepada CFU DMS. Lagu ini juga mengisahkan semangat perjuangan dan semangat untuk semua sebagai pelajaran dan pengajaran hidup. Alhamdullilah selepas lagu ini siap dirakamkan, ianya telah mendapat sambutan luarbiasa kerana lagu ini dikatakan lagu pemberi semangat untuk semua. Single ” KU TAK AKAN MENYERAH ”ini juga telah menarik perhatian pihak FMC SDN BHD untuk menjadi Distributer / Pengedaran. Semoga dengan adanya sidang media padahariini, Pihak MEDlA, RADIO danTV khususnya dapat sama-sama membantu untuk menyebarkan / viral kepada umum mengenai lagu ini.

###

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak Management CFU DMS Impact Music & Entertainment, En. Sazalie Hj Maswasie / Puan Emma di Talian 011-2780 8886

RECORD LABLE: IMPACT MUSIC & ENTERTAINMENT
EDARAN: FMC MUSIC SDN BHD

PENGURUSAN: IMPACT MUSIC & ENTERTAIMENT
Email: impact.ime.msia@gmail.com
FB: impact music
IG: @impact_music

CFU DMS Laman media sosial –
IG: dato_seri_shah
Official FB: seri shah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *