(HIBURAN) Kumpulan SEARCH bakal mengegarkan Johor Oktober Ini

Spread the love

DSC_1538-01

SEARCH, satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik adalah sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif. Kumpulan SEARCH masih lagi dibarisi ahli-ahli asalnya dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock palingpopular di Malaysia.

DSC_1544-01

Kumpulan yang terdiri daripada anak jati Johor ini akan kembali ke selatan tanahair untuk mempersembahkan satu konsert khas buat peminat-peminatnya melalui konsert SEARCH Panggung Khayalan. Konsert SEARCH Panggung Khayalan adalah anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity).

Konsert SEARCH Panggung Khayalan akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh  : 24 Oktober 2015 (Sabtu)

Jam : 8 malam

Tempat : Kompleks Sukan EduCity,  Nusajaya, Johor Bahru

Berkonsepkan gabungan rock dan panggung khayalan yang dipetik dari lagu “Panggung Khayalan” dalam album Rock n’ Roll Pie, SEARCH menjanjikan persembahan paling bertenaga yang pastinya akan memuaskan hati peminat-peminat yang hadir.

Konsert Panggung Khayalan ini bukan sahaja ibarat sirih pulang ke ganggang, malah  Johor Bahru turut merupakan satu titik permulaan untuk SEARCH menjelajah ke  seluruh tanahair. Konsert selama 2 jam ini turut mengundang peminat-peminat SEARCH dari Singapura dan Indonesia untuk sama-sama berhibur Jumlah penonton yang dijangka hadir adalah melebihi 10,000 orang.

DSC_1813-01

Tiket-tiket ke konsert ini boleh didapati secara online di laman web Tiket HotLine : http://www.tickethotline.com.my dengan serendah RM66 untuk tempat duduk biasa dan paling ekslusif adalah RM756 untuk VIP Premium. Di mana Hanya 100 tiket VIP Premium dijual. Pemegang tiket VIP Premium  juga dijemput hadir ke majlis khas (post party) selepas konsert, bersama semua ahli SEARCH.  Harga  tiket adalah termasuk GST.

Selain secara online, tiket juga boleh didapati di kaunter-kaunter berikut:

Untitled

Pihak Penganjur turut akan mengadakan roadshow sekitar Johor dan Singapura. Tiket- tiket juga boleh didapati di lokasi roadshow. Tiket mula dijual pada 7 Ogos 2015.

SEARCH Panggung Khayalan diharapkan dapat mewarnai lagi industri muzik tanahair terutama seni muzik rock.

 

kredit foto : Mencari Rahsia Alam


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) Kumpulan SEARCH bakal mengegarkan Johor Oktober Ini

  1. amirul says:

    selain online , ada tak penjualan tiket di johor bahru ?

Leave a Reply to amirul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *