(HIBURAN) “Kusinero Cinta” satukan Jericho Rosales, Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz.

Group Photo

Bermula dengan drama bersiri ‘Adam dan Hawa’, disusuli dengan ‘Sehangat Asmara’, ‘Dahlia’, ‘Jodoh Itu Milik Kita’ sehinggalah ‘Bukan Kerna Aku Tak Cinta’, kini Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah lagi drama hebat berjudul’ Kusinero Cinta’ yang bakal ditayangkan secara eksklusif di saluran Mustika HD.

Kusinero Cinta 2

Filem dibawah arahan Feroz Kadir ini telah menggabungkan tiga pelakon popular daripada tiga buah negara iaitu Jericho Rosales, Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, demi memenuhi jangkaan pelanggan, ‘Kusinero Cinta’ hadir dengan sebuah pekej karya hebat yang bakal mencetuskan fenomena tersendiri.

“Menjelang 21 Mei ini genaplah dua tahun usia saluran Mustika HD dan  prestasi saluran ini dilihat semakin kukuh dan kekal dalam menyiarkan kandungan-kandungan premium berdefinasi tinggi.

“Menyedari hakikat bahawa jangkaan para pelanggan terutamanya peminat drama bersiri, kami telah mengambil langkah berani dengan menggabungkan tiga pelakon terbaik daripada tiga buah negara iaitu Jericho, Tiz Zaqyah dan Aaron.

“’Kusinero Cinta’ juga mempunyai jalan cerita dan skrip yang menyakinkan termasuklah pengarah tersohor serta diterbitkan oleh sebuah produksi yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui pada sidang media ‘Kusinero Cinta’ bertempat di Hotel Royale Chulan pada pagi Isnin.

Di samping itu, Encik Khairul juga mengucapkan terima kasih terhadap sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak seperti Maggi selaku penaja utama, Snow Brand Milk Co.LTD, Tourism dan Tourism Victoria.

Menariknya lagi, selain Malaysia penggambaran drama bersiri ini telah dijalankan di Melbourne dan juga Filipina.

Drama bersiri 60 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Miera Liyana, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil, Nabila Daly dan Arash Mohamad.

Selain itu, lagu tema drama ini yang berjudul ‘Takdir Cinta’ hasil ciptaan Adi Sixthsense dinyanyikan oleh Awi Rafael.

Drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua orang sahabat baik, Fredo (Jericho Rosales) dan Izmir (Aaron Aziz) yang mengejar cita-cita untuk menjadi chef terkenal.

Dengan bantuan rakan akrab mereka, seorang gadis cantik bernama Edrinna (Tiz Zaqyah) telah jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka.

Istimewa untuk para pelanggan, Mustika HD juga turut menyiarkan sedutan ‘Di Sebalik Tabir Kusinero Cinta’ 19 Mei (hari ini) jam 10.00 malam. Manakala ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan Muzik Video’ lagu ‘Takdir Cinta’ pula disiarkan pada Selasa, 20 Mei 2014, jam 10.00 malam.

‘Kusinero Cinta’ bakal ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif hanya di Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133) dan dua episode di Astro Prima (saluran 105).

kredit artikel : Astro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *