(HIBURAN) Lilo Khalil ft. Nazrae – Mahkota Cinta

Lilo Khalil & Nazrae 2

Lilo Khalil yang dahulunya dikenali sebagai Baby, merupakan salah seorang ahli kumpulan pelopor rap wanita di Malaysia iaitu Res2. Selain mempunyai bakat didalam bidang nyanyian dan menari, Lilo juga aktif di dalam bidang teater muzikal seperti SuperMokh,  P. Ramlee – The Musical…, The Secret Life of Nora dan banyak lagi.

Nazrae pula merupakan salah seorang anggota dari kumpulan R&B Pop dan A Cappella yang popular iaitu Shades yang amat terkenal dengan lagu hit mereka seperti ‘Jangan Ucap Selamat Tinggal’ dan ‘Malam’. Di bawah pengajaran Helen Yap, Nazrae mula membina namanya dengan melibatkan diri dalam pelbagai rakaman, suara latar dan aturan suara (vocal arrangement). Beliau juga aktif dalam melakukan vokal latar untuk Ziana Zain, Fauziah Latiff dan ramai lagi.

Single pertama Lilo yang bertajuk ‘Mahkota Cinta’ ini bermula apabila Lilo sering bertemu Nazrae untuk mendapatkan nasihat dan pendapat beliau untuk merealisasikan impian ini. Setelah mendapat kata sepakat, Nazrae terus menghubungi Helen Yap dan membincangkan hal ini dan tanpa ragu, Helen bersetuju untuk menulis sebuah lagu duet untuk mereka berdua.

Lagu hasil ciptaan Helen Yap dan lirik yang ditulis oleh Buddi Hekayat ini siap ditulis dalam masa hanya seminggu sahaja dan terus dapat meyakinkan kedua-dua Lilo Khalil dan Nazrae bahawa Helen dan Buddi Hekayat merupakan pencipta lagu dan lirik yang terbaik kerana mereka memahami arah tuju Lilo dan Nazrae.

Pertemuan Nazrae dan Lilo bersama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia & Singapura, En. Darren Choy dan juga En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh), Pengurus A&R pula merupakan satu langkah yang bertuah kepada mereka kerana kedua-dua telah memberikan ulasan yang positif terhadap lagu tersebut. Dan kini terhasillah lagu ‘Mahkota Cinta’ yang dinyanyikan oleh Lilo Khalil kolaborasi bersama Nazrae.

Lagu ‘Mahkota Cinta’ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *