(HIBURAN) Lima Kemenangan Bagi Grand Brilliance di Anugerah Lawak Warna 2013

Spread the love

5 emanmnag media primasmall

Grand Brilliance telah merangkul lima buah anugerah di Majlis Anugerah Lawak Warna yang telah berlangsung malam tadi. Istanbul Aku Datang, filem komedi romantik yang telah menjalani penggambaran di negara Turki itu, telah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, sementara Lisa Surihani pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Kategori Filem) menerusi lakonannya sebagai Dian, seorang gadis blogger yang mencari cinta. Filem arahan Bernard Chauly ini juga memenangi Anugerah Direktor Komedi Terbaik, dan turut menerima Anugerah Lakon Layar Komedi Terbaik (Kategori Filem), hasil karya Rafidah Abdullah. Sementara itu, sebuah lagi terbitan Grand Brilliance, Rock Oo: Rimba Bara Kembali, juga memenangi Anugerah Skrip Komedi Terbaik (Kategori Filem). Dianjurkan oleh Astro Warna, Anugerah Lawak Warna ini adalah majlis pertama di Malaysia yang memberi penghormatan kepada industri komedi tanahair. Malam Anugerah ini, yang diadakan di Istana Budaya, menyaksikan penggiat-penggiat industri berentap untuk meraih antara 19 anugerah berprestij yang ditawarkan, termasuk empat Anugerah Popular dan sebuah Anugerah Khas Juri. “Sebagai sebuah syarikat produksi, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pelbagai genre untuk dinikmati penonton-penonton kami, termasuklah filem-filem berunsur komedi.Kemenangan kami malam ini bertambah lebih bermakna sempena julung-julung kalinya diadakan majlis yang memartabatkan industri komedi ini. Kami amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Red Films dan Naga VXS, dan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada tenaga-tenaga kerjasama produksi kami ini. Pengiktirafan yang diterima malam ini amat berharga dan memberikan lebih semangat untuk kami membuka tirai filem seram-komedi terbaru, KL Zombi, yang akan memulakan tayangan di pawagam pada 29 Ogos ini,” ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance. Istanbul Aku Datang, hasil produksi Grand Brilliance bersama Red Films, telah dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 pada bulan Mac awal tahun ini. Rock Oo: Rimba Bara Kembali, dengan Mamat Khalid selaku penulis skrip dan pengarah, dibintangi oleh pelakon-pelakon komedi terkenal Que Haidar, Khir Rahman dan Sofi Jikan. Filem komedi muzikal ini mengikuti kisah sekumpulan pemuzik di zaman 80an dan segala cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kemasyhuran.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *