(HIBURAN) “Lu, Gua Bro!” pertaruhkan Zalif Sidek dan Epy Kodiang sebagai HERO

Lu Gua Brocropresize

Filem ke 90 terbitan MIG, “Lu, Gua Bro!” bakal menjengah ke pawangan pada 27 Mac 2014 di seluruh negara. Filem yang bergenre komedi ini mengandingkan dua pelakon komedi terkenal iaitu Zalif Sidek dan Epy Kodiang dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Filem ini turut menampilkan gandingan pelakon seperti Nina Iskandar, Eddy Rauf, Rahim R2, Hamid Gurkha, lan Zailan, Khaty Azean dan ramai lagi serta menjalani penggambaran di sekitarLembah Klang.

gua lusmall

SINOPSIS :

Lu, Gua Bro! mengisahkan tentang perjalanan, suka duka liku hidup kehidupan dua sahabat baik, Yu (Zalif Sidek) dan Mi (Epy Kodiang) yang berasal dari kampung yang sama dan lahir pada hari yang sama. Dari zaman kanak-kanak ke zaman sekolah, zaman remaja ke zaman dewasa, mereka tetap bersama walau apapun berlaku. Impian mereka adalah untuk menjadi seorang polis, tambahan pula kedua bapa mereka juga menginginkan mereka menjadi seorang polis. Kisah bermula apabila Yu dan Mi bertemu di sebuah kilang tempat di mana Mi bekerja sebagai sekuriti setelah setahun tidak bersua kerana Mi bekerja di Bandar meninggalkan kampung halaman. Yu yang lari dari pengedar dadah menjumpai Mi di dalam stor kilang tersebut. Kilang di mana tempat Mi bekerja rupa-rupanya menjalankan aktiviti sendikit pengedaran dadah. Yu dan Mi cuba untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis namun dilarang oleh pengedar dadah tersebut. Pergelutan berlaku membuatkan Yu dan Mi naik ke tingkat atas bangunan kilang untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari, Yu tergelincir di kaki tiang bangunan dan sempat disambut oleh Mi yang hampir terjatuh namun Yu hanya tergantung di situ. Yu yang hampir berputus asa telah diredakan oleh Mi dengan kata-kata semangat sehinggalah menceritakan kisah silam mereka bagaimana mereka berdua bersemangat dalam segara urusan dan cekal menghadapai segala cabaran bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *