(SEMASA) Magseven Papar Kandungan Berkualiti dan Menarik di NTV7

Spread the love

 image006

Bukan mudah untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti dan memberi manfaat besar kepada para penonton. Genre dokumentari khususnya lebih banyak dihasilkan oleh produksi luar negara berbanding hasil tempatan. Lantas ntv7 meneruskan objektif dalam memberi informasi berguna dan menyampaikan kupasan isu-isu menarik kepada para penonton menerusi Magseven sebuah siri dokumentari menarik terbitan Saluran Ceria Anda. Malah, kerana pengisiannya yang berbeza, padat dengan informasi berguna dan sentiasa relevan, siri rancangan dokumentari khas Magseven kini memasuki tahun ketiga penerbitannya bermula Mac 2013 lalu. Musim terbaru rancangan ini tetap bersiaran setiap hari Selasa jam 7.30 malam di ntv7.

1.Hakka's collective nature

Walaupun berbentuk fakta, musim terbaru ini menjanjikan kelainan dengan memastikan topik pilihan yang lebih menarik agar para penonton tidak jemu menonton selain teknik penceritaannya yang lebih segar. Malah Magseven juga tidak hanya menjurus kepada isu-isu kupasan tempatan agar pemikiran para penontonnya dan kandungannya tidak terbatas. Selain fakta, Magseven juga meliputi topik-topik dan bidang yang lebih meluas termasuklah isu berorientasikan elemen kemanusiaan serta hiburan.

Membuka tirai Mac lalu, Magseven memaparkan tribute khas kepada mendiang pelakon dan penyanyi lelaki Hong Kong terkenal, Leslie Cheung. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa peminat-peminat besar pelakon ini mempunyai cara tersendiri bagi memperingati ikon mereka. Dalam episod ini, produksi Magseven membawakan kepada penonton sambutan konsert penghargaan yang berlangsung di Hong Kong serta budaya membuat ‘paper cranes’ atau origami istimewa dalam acara itu.

Antara topik-topik lain yang menarik minat penonton adalah episod “Hello Afrika” yang memfokuskan kajian terhadap pertembungan budaya dan persepsi terhadap rakyat Afrika, “The Art of Eight Limbs” yang menyingkap lebih dalam terhadap seni mempertahankan diri, Muay Thai, “Missing Treasure” yang memaparkan kisah inspirasi seorang lelaki yang bercita-cita memiliki muzium mainannya sendiri , malah kisah cinta menarik di antara dua pasangan yang terperangkap di antara kepercayaan moden dan tradisional juga antara sesuatu yang dikongsikan bersama.

Menurut penerbit eksekutifnya, Hisham Abdullah, Magseven kali ini cuba menjelajah dan mencuba pelbagai teknik penceritaan kreatif agar rancangan dokumentari itu mampu menyampaikan informasi dengan berkesan dan menarik minat penonton.

“Kami mencuba pelbagai teknik penceritaan kreatif dan dalam masa yang sama untuk terus memberi kisah sebenar seperti yang dikongsikan oleh subjek kami dalam setiap episod,” kata Hisham.

“Magseven memaparkan kisah-kisah mengenai individu yang mahir dalam bidang masing-masing dan bagaimana mereka melakukannya dengan cara yang unik dan berbeza disulami dengan semangat tinggi dan keazaman mereka. Dalam tekinik penceritaanya pula kami cuba menyorotkan kepada bagaimana sesuatu topik itu dilihat menerusi kaca mata stereotaip masyarakat dan semakin kami mengupas topik yang diberikan, kami berharap mereka juga bakal memikirkan semula sikap prejudis mereka,” tambah penerbit eksekutif itu.

 6. A Glass of Jazz - Tay

Dalam episod  “A Glass of Jazz” yang bakal menemui penonton pada 9 April ini, Hisham juga bakal menjadi wartawan penyiaran bersama Penny Mah dalam menyelinap ke dalam dunia muzik untuk berkongsi keghairahan pemain piano, Tay Cher Siang serta penyanyi, Winnie Ho untuk mencari pengertian Jazz bagi mereka. Dokumentari yang disunting ala wayang ini pastinya mampu memberikan lebih dimensi dan kefahaman terhadap penonton.

Wartawan penyiaran lain yang turut menjayakan siri dokumentari ini adalah Sasha Bashir, Annahita Bakavoli, Mohd Nazrul Tahir serta Sheahnee Iman Lee yang meminjamkan suaranya sebagai tukang cerita.

Disampaikan di dalam Bahasa Inggeris, Magseven pastinya merupakan siri dokumentari berkualiti yang bertujuan mendidik dan menyampaikan fakta berguna serta sesuai menjadi pilihan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan. Teruskan bersama Magseven yang kini memasuki tahun ketiganya dengan kupasan menarik setiap hari Selasa, 7.30 malam eksklusif di ntv7.

 

Antara episod menarik lain yang bakal menemui penonton adalah:

  • Malaya Tin Miners and China, 23 April 2013
    • Wartawan penyiaran bakal bersama pakar sejarah dan budaya, Dr. Ong Seng Huat menjelajah ke Guangzhou dalam mengimbas kembali Revolusi Industri pada tahun 1880-an yang menarik kaum Cina Hakka untuk ke Tanah Melayu untuk aktiviti melombong. Serta fahami pertembungan budaya dan serta sistem masyarakat ‘kongsi’ yang diterapkam kaum ini di dalam keluarga yang besar serta dipengarugi faktor Feng Shui.

 

  • Animal Ambulance, 30 April 2013
    • Bukan manusia sahaja memerlukan ambulan dalam keadaan genting. Begitu juga dengan haiwan. Saksikan kupasan menarik Ambulan Binatang pertama Malaysia.

 

*** dan banyak lagi. Lebih maklumat mengenai kisah seterusnya akan diberitahu kelak.

 

 

Saksikan Magseven musim terbaru ini setiap hari Selasa, 7.30 malam eksklusif di ntv7 atau tonton semula di www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *