(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN ALBUM KOMPILASI 6IXTH SENSE “SENSE OF LOVE”

IMG_1537

6ixth Sense,sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat muzik tanah air. Mula bertapak di dalam industri muzik Malaysia sejak tahun 2005,6ixth Sense telah melahirkan 4 buah album bersama syarikat rakaman mereka sebelum ini. Nama 6ixth Sense telah melonjak naik setelah lagu dari album pertama mereka iaitu Hari Ini dan Semalam berjaya mencuri hati pendengar muzik.

IMG_1559

Pada tahun 2009,lagu Tanpa dari album kedua mereka telah berjaya meraih anugerah Lagu Paling Popular di Anugerah Hits 1 RTM. Selepas dari itu,6ixth Sense terus menempa kejayaan dengan memenangi anugerah lain antaranya Mobile Artist Of The Year (AIM 2010), Kumpulan Paling Popular (ABPBH 2010), Lagu Paling Popular – Khatimah Cinta (Anugerah Hits 1 RTM 2010) dan Mobile Artist of The Year (Shout Award 2010). Tamat kontrak bersama syarikat rakaman sebelum ini pada hujung tahun 2013 menjadi titik tolak kepada perjuangan mereka dalam industri secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Pengalaman beberapa tahun bersama syarikat rakaman dijadikan panduan dan iktibar kepada mereka untuk meneruskan karier di dalam industri.

IMG_1574

Tahun 2014 mereka telah melahirkan single berjudul Sebuah Maksud yang dijadikan OST bagi drama Aku Isterinya slot Akasia TV3. Walau kurang mendapat sambutan untuk lagu tersebut,lima anak muda ini tidak pernah berputus asa. Sekarang mereka telah mempunyai anak didik yang bernaung di bawah syarikat 6ixth Sense Production iaitu Sakura Band. Dengan mempertaruhkan artis-artis di bawah naungan 6ixth Sense Production,Puteh Entertainment dan Lunasuara Records serta kerjasama dengan Indigital Sdn Bhd terhasillah album kompilasi  “Sense Of Love”. Artist-artis yang terlibat di dalam album kompilasi ini selain 6ixth Sense adalah Sakura Band, Cherpen Band & Zara Ali. ‘Sense of Love’ memuatkan 8 buah lagu yang kesemuanya adalah ciptaan ahli kumpulan 6ixth Sense. Lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Sebuah Maksud, Manisnya Cinta & 7 Kali Malam Minggu dari 6ixth Sense. Pelarian & Melepaskanmu dari Sakura Band. Sumpah Mencintai Sumpah Merindui & Selalu Denganmu dari Cherpen Band. Menampilkan pendatang baru Zara Ali dengan lagu Terlarut Waktu.

Pada majlis pelancaran tersebut, 6ixth Sense tidak hanya memperkenalkan artis-artis yang terlibat serta album kompilasi tersebut tetapi juga sebagai majlis menandatangani perjanjian antara 6ixth Sense dan Pertubuhan Belia Wawasan Baharu. Rezeki tahun 2015, 6ixth Sense telah dipilih oleh Pertubuhan Belia Wawasan Baharu sebagai duta ‘Program Jelajah Raja Sehari Mega 2015’. Pertubuhan tersebut adalah penganjur program perkahwinan beramai-ramai tahun 2015 dengan menyasarkan seramai 400 pasangan  yang akan dinikah dan disandingkan dalam satu majlis yang serba mewah dan meriah dengan kos yang paling minimum iaitu RM5000.00/pasangan. Jelajah Raja Sehari Mega 2015 merupakan rentetan kejayaan majlis yang telah diadakan di Putrajaya pada tahun lepas dengan jumlah penyertaan sebanyak 73 pasangan daripada seluruh semenanjung Malaysia.

Bersempena dengan program Jelajah Raja Sehari Mega 2015, 6ixth Sense bersama Pertubuhan Belia Wawasan Baharu dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd dan Hard Rock Café Kuala Lumpur akan mengadakan showcase ‘Sense of Love’. Showcase pada 29 Mac 2015 bermula jam 9.00malam hingga 10.30malam bertempat di Hard Rock Café Kuala Lumpur akan menampilkan persembahan dari 6ixth Sense sebagai artis utama serta Sakura Band & Cherpen Band sebagai artis pembukaan. Showcase tersebut akan menjemput beberapa pasangan yang terlibat dalam program ‘Raja Sehari Mega 2015’. Showcase tersebut juga akan dibuka kepada peminat-peminat 6ixth Sense. Tiket showcase akan mula dijual secara pre-sale dengan harga RM50. Tiket yang dibeli di pintu masuk sebelum showcase bermula pada hari tersebut berharga RM60. Hot FM sebagai radio rasmi showcase tersebut akan memberi 40 tiket percuma kepada pendengar bertuah yang memenangi peraduan yang dianjurkan oleh mereka sempena showcase bermula 9 Mac 2015 hingga 16 Mac 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *